JKN JOHOR

PENGARAH

TAKWIM KESIHATAN

TAKWIM HARI KHAS KESIHATAN
Home / INFO BAHAGIAN / PENGURUSAN / UNIT SUMBER MANUSIA

 

UNIT SUMBER MANUSIA

 

Pengenalan 

Tanggungjawab utama Unit Sumber Manusia adalah mengendalikan semua urusan Sumber Manusia anggota bagi Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Unit ini juga bertanggungjawab ke atas pemantauan kedudukan pengisian perjawatan serta penempatan bagi semua kategori anggota di seluruh Negeri Johor.

 

Di antara urusan yang dijalankan adalah :

 

  • Urusan pengesahan pelantikan rasmi, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen
  • Urusan permohonan cuti anggota (cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti haji, tibi, barah dan lain-lain).
  • Urusan permohonan tanggung kerja.
  • Urusan permohonan lawatan pegawai ke luar negara (rasmi dan persendirian).
  • Mengemaskini buku rekod perkhidmatan warga ibu pejabat JKN Johor.
  • Pelaksanaan HRMIS bagi seluruh anggota JKN Johor.
  • Pelaksanaan pengemaskinian maklumat perjawatan menggunakan sistem e-Profile.
  • Urusan permohonan ABM.
  • Hari Bertemu Pelanggan bagi warga ibu pejabat JKN Johor.
  • Naziran Sumber Manusia ke PTJ-PTJ di bawah JKN Johor.

 

Unit Sumber Manusia juga menjadi urusetia kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi seluruh Negeri Johor. Di antara mesyuarat PPSM yang dijalankan adalah bagi urusan :

 

  • Pergerakan gaji tahunan.
  • Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang (APC).
  • Anjakan gaji.
  • Pengisytiharan harta warga ibu pejabat JKN Johor.
  • Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran Dalaman (untuk pegawai Gred 44 ke bawah).
  • Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan II (Ibu pejabat).

 


See also