JKN JOHOR

PENGARAH

TAKWIM KESIHATAN

TAKWIM HARI KHAS KESIHATAN
Home / INFO BAHAGIAN / PENGURUSAN / UNIT LATIHAN

 

UNIT LATIHAN

 

Pengenalan 

Pada pertengahan tahun 2003, Unit Latihan JKNJ telah ditubuhkan. Unit ini ditubuhkan kerana penurunan kuasa oleh Bahagian Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan kursus–kursus wajib seperti Kursus Induksi Umum dan Khusus / Program Transformasi Minda (PTM) dan sebagainya. Berbekalkan dengan tujuh (7) tenaga kerja yang terdiri dari seorang Penolong Pengarah (PP), seorang Penolong Pegawai Tadbir (PPT), seorang Pembantu Tadbir Kanan (PTK) dan empat orang Pembantu Tadbir (PT), unit ini telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

 

Unit inijuga adalah salah satu bahagian yang terdapat di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) yang secara langsungnya di bawah pengawasan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan). Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam menyelia pentadbiran semua Institusi Latihan KKM yang sedia ada di dalam Negeri Johor.

 

Objektif

  • Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota perkhidmatan awam mengenai sejarah Negara, dasar-dasar utama kerajaan dan rancangan program pembangunan Negara.
  • Memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan kerajaan.
  • Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi.
  • Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam perkhidmatan awam.

 

Fungsi Unit Latihan

  • Mengendalikan Kursus Program Transformasi Minda (PTM) bagi anggota Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang terdiri daripada 21693 orang anggota JKNJ untuk tujuan Pengesahan Jawatan.
  • Menyelaras dan mengendalikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Bahagian Pengurusan JKNJ termasuk Bahagian / PTJ yang terdiri daripada 21693 orang anggota JKNJ.
  • Menyelaras dan mengendalikan LatihanBerasaskan Kompetensi / Competency Based Training (CBT) Bahagian Pengurusan JKNJ termasuk Bahagian / PTJ yang terdiri daripada 21693 orang anggota JKNJ.
  • Menyelaras dan mengendalikan Program Continuous Management Education (CME) bagi anggota Bahagian Pengurusan, JKNJ sebanyak 2 kali sebulan.

 


See also