JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / KESIHATAN AWAM

 

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

 

Pengenalan 

Perkhidmatan Kesihatan Awam telah diwujudkan sebelum kemerdekaan dengan pewujudan undang-undang “Quarantine and Prevention of Disease Ordinance 1939” bertujuan untuk mencegah dan melindungi daripada sebaran penyakit.  Bahagian Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia pada mulanya diwujudkan dengan 2 unit utama iaitu Unit Kawalan Penyakit dan Unit Kesihatan Keluarga. Kini Bahagian Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkembang dengan penambahan beberapa unit yang lain.  Peranan utama Bahagian Kesihatan Awam adalah untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terpelihara secara optima dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual. 



Visi

Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta mesra pelanggan dan masyarakat.

 

Misi

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan, professional dan berhemah, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program Kesihatan Awam.

 

Objektif

Bahagian Kesihatan Awam merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ia mempunyai 12 buah unit di bawahnya dan 10 buah Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh Negeri Johor. Setiap unit diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah.dan masyarakat. 

 

Unit-unit di bawahnya adalah : 

Kawalan Epidemiologi

Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit

Pembangunan Kesihatan Keluarga


Lain-lain Unit



See also