JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / KESIHATAN AWAM / UNIT VECTOR

 

UNIT VECTOR

 

Pengenalan 

Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Johor menyediakan perkhidmatan kawalan dan pencegahan penyakit Demam Denggi, Malaria, Filariasis, Chikungunya, Japanese Encephalitis dan Scrub Thypus. Unit ini juga mengawal penyakit Yellow Fever dan Hawar dari masuk ke negara ini melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di pintu-pintu masuk negara.

 

 

Kawalan dan Pencegahan Penyakit Demam Denggi

Strategi utama di dalam Program Kawalan dan Pencegahan Penyakit Demam Denggi adalah untuk: 

  • Meningkatkan kualiti penjagaan kes Denggi di peringkat penjagaan primer, sekunder & tertiary bagi mengurangkan kematian akibat Denggi.
  • Mengukuhkan sistem perkhidmatan kesihatan melalui program yang bersepadu (integrated approach) & bersesuaian dengan penekanan terhadap penglibatan pelbagai agensi dan komuniti melalui proses promosi kesihatan menggunakan konsep COMBI.

Kawalan dan Pencegahan Penyakit Malaria

Strategi utama di dalam Program Kawalan dan Pencegahan Penyakit Malaria adalah untuk : 

  •  Mencegah kejadian kes tempatan
  •  Memantapkan pengesanan awal kes malaria di kalangan pendatang asing  

See also