JKN JOHOR
Home / MENGENAI KAMI / PENGARAH

 



SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR
 

 

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam Muafakat Johor,

 

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ). Selaras dengan kemajuan teknologi siber, portal ini dibangunkan agar dapat  memberi manfaat dengan menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan JKNJ dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan Negeri Johor.

 

Sebagai sebuah Institusi Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab kami dalam menyediakan maklumat  berkaitan kesihatan kepada orang awam, sesuai dengan motto Kementerian Kesihatan iaitu KAMI SEDIA MEMBANTU. Portal ini juga menjadi salah satu media komunikasi dan sumber rujukan di kalangan warga JKNJ dalam berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam melaksanakan kerja seharian.

 

Semoga Jabatan Kesihatan Negeri Johor dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan dapat memenuhi keperluan rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

DR HJH ROOSHAIMI MERICAN BINTI A. RAHIM MERICAN

 

Pengarah Kesihatan Negeri Johor 


See also