JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / KESIHATAN AWAM / UNIT HIV DAN AIDS

 

UNIT KAWALAN HIV / AIDS

 

Pengenalan 

Setelah lebih 20 tahun, penyakit HIV/AIDS telah menjangkiti seramai 33 juta penduduk di dunia iaitu lebih kurang menyamai jumlah penduduk di Malaysia. Tidak seperti di Thailand dan Singapura, penagih dadah suntikan adalah antara risiko utama punca berlaku jangkitan HIV di negara Malaysia ini.

Sehingga 2008, kes HIV terkumpul telah mencapai kepada 14,199 di Negeri Johor. Kaum lelaki dan mereka yang produktif iaitu berusia antara 22-49 tahun adalah majoriti mengidap penyakit HIV ini. Walaupun tren jangkitan wanita dan penagih dadah secara suntikan telah menurun, risiko jangkitan melalui hubungan seks meningkat dikhuatiri menunjukkan paradigma jangkitan HIV berubah kesan penggunaan dadah 'designer' seperti amphetamine dan minat kepada kaum sejenis.

 

Objektif

Mewujudkan satu komuniti yang progresif dan bebas dari HIV/AIDS berdasarkan prinsip-prinsip kesihatan awam dan mempunyai nilai moral yang tinggi. 

 

Objektif Khusus:

1.Mencegah transmisi HIV/AIDS dengan mengetahui cara penyebarannya.

2.Mengurangkan morbiditi dan kesengsaraan seseorang akibat penyakit HIV/AIDS.

3.Menggunakan sumber yang ada sepenuhnya bagi membenteras penyakit HIV/AIDS.

4.Mempromosi serta bekerjasama dengan agensi peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa berkaitan HIV/AIDS.

  

 


See also