JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / KESIHATAN AWAM / UNIT KESIHATAN PEKERJA DAN ALAM SEKITAR ( UPK) .fontkpas { font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; }

 

 

 

UNIT KESIHATAN PEKERJA DAN ALAM SEKITAR (KPAS)

 

Pengenalan

Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar telah ditubuhkan di Negeri Johor sejak tahun 1996. Fungsi utama Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar boleh dibahagikan kepada dua iaitu menjalankan aktiviti Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Alam Sekitar. Kesihatan Pekerjaan adalah hubungkait antara kesihatan dengan pekerjaan dan persekitaran tempat kerja. Kesihatan Alam Sekitar adalah hubungkait antara faktor-faktor alam sekitar samada fizikal, kimia, sosial, biologi dan psikososial dengan kesihatan manusia.

 

Objektif Organisasi

  • Untuk memastikan persekitaran dan amalan kerja yang selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan.
  • Untuk menggalakan persekitaran kerja yang sihat dan memastikan tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial pekerja adalah pada tahap yang terbaik.
  • Untuk melatih anggota kesihatan dan perubatan di daerah, hospital dan pergigian tentang kepentingan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.
  • Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam akan kesihatan alam sekitar.

Aktiviti Kesihatan Pekerjaan

  • Aktiviti survelan penyakit pekerjaan melalui notification of accident, dangerous occurrence, occupational poisoning and occupational disease di kalangan anggota kesihatan di Negeri Johor
  • Survelan kecederaan disebabkan oleh peralatan tajam (SIS) di kalangan anggota kesihatan di Negeri Johor
  • Menjalankan saringan Tibi dikalangan anggota kesihatan di Negeri Johor
  • Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  • Memantau aktiviti Quality Assurance Program (QAP)
  • Pemeriksaan tahap kesihatan anggota kesihatan
  • Pemantauan program imunisasi hepatitis B untuk pekerja
  • Memantau aktiviti Kawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP)
  • Klinik Kesihatan Pekerjaan
  • Melakukan promosi dan pendidikan berkaitan kesihatan pekerjaan kepada anggota kesihatan
  • Memberi latihatan berkaitan kesihatan pekerjaan kepada anggota kesihatan
 
Aktiviti Kesihatan Alam Sekitar
  • Pemantauan berkaitan penyakit disebabkan jerebu dan cuaca panas
  • Program pemeriksaan persekitaran bagi institusi pengajian tinggi awam/swasta - permohonan baru
  • Program Pemeriksaan Persekitaran Bagi Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) – permohonan baru
  • Program penilaian kesihatan persekitaran bagi lokap, penjara, depoh tahanan sementara imigresen dan Pusat Latihan Khidmat Negara
  • Perlaksanaan Program Komuniti Sihat Pembina Negara PLUS (KOSPEN PLUS) diperingkat agensi kerajaan dan swasta
  • Pengurusan bencana alam sekitar terhadap dan kesihatan awam
  • Menjadi ahli penilai Environmental Impact Assessment 
  • Memberi latihatan berkaitan kesihatan alam sekitar kepada anggota kesihatan
  • Melakukan aktiviti promosi dan pendidikan berkaitan kesihatan alam sekitar kepada orang awam
 

See also