JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / KESIHATAN AWAM / UNIT KESIHATAN KELUARGA

 

UNIT KESIHATAN KELUARGA

 

UNIT KESIHATAN IBU & ANAK (MCH)

Unit ini di bawah Cawangan Kesihatan Keluarga yang bertanggungjawab di dalam merancang, mengkoordinasi dan memantau program-program dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan ibu dan perinatal, kesihatan kanak-kanak, kesihatan remaja, kesihatan pelajar sekolah, kesihatan wanita, kesihatan warga emas, kesihatan golongan kurang upaya dan kesihatan mental.

 

Program Pengesanan Awal Kanser Payu Dara Kebangsaan

Saringan Memogram pengesanan kanser payu dara bagi wanita berisiko tinggi telah bermula pada tahun ini (2012). Kemudahan ini boleh diperolehi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Batu Pahat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama LPPKN menggalakkan wanita yang berisiko menjalani ujian ini.


See also