JKN JOHOR
Home / MENGENAI KAMI / SEJARAH

 

SEJARAH JKN JOHOR

 

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR (JKNJ) ditubuhkan pada 1905 dan dikenali dengan nama Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Negeri Johor di bawah naungan Dato' Dr. J.P.A. Wilson, DPMJ (1905 - 1920) .Sehingga kini, seramai dua puluh sembilan (29) orang Pengarah telah mentadbir Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan mulai 26.5.2008 jawatan tersebut telah disandang oleh Datuk Dr. Mohd Khairi Bin Yakub.

 

Pada asalnya, JKNJ hanya menguruskan Bahagian Pengurusan dan Perubatan merangkumi lapan (8) buah daerah di Negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing. Sejajar dengan perkembangan dan pertambahan penduduk, jabatan ini telah berkembang kepada enam (6) bahagian utama iaitu:

 

  • Bahagian Pengurusan
  • Bahagian Perubatan
  • Bahagian Kesihatan Awam 
  • Bahagian Farmasi
  • Bahagian Pergigian
  • Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan  

 

Pada tahun 2003, Bahagian Pengurusan JKNJ telah disusun semula sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia memperkukuhkan lagi pentadbiran semua Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri. Bahagian Pengurusan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) yang kini disandang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Gred M54. Bahagian Pengurusan mengandungi tujuh (7) unit sebagaimana berikut :

 

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Perkhidmatan
  • Unit Kewangan
  • Unit Latihan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Teknologi Maklumat
  • Unit Kaunseling 

 

JKNJ pada asalnya terletak di Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek Johor Bahru dan kini telah berkembang kepada lima (5) tingkat iaitu tingkat 2, 3, 4, 5 dan 9 disebabkan oleh pertambahan unit-unit tersebut.

 

"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

See also