JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / PERUBATAN / UNIT PENGURUSAN HOSPITAL

 

UNIT PENGURUSAN HOSPITAL

 

Pengenalan 

Unit Pengurusan Hospital Bahagian Perubatan bertanggungjawab untuk mengurus, merancang dan memantau aktiviti-aktiviti di bawah Program Perubatan serta memastikan bahawa semua jenis perkhidmatan yang disediakan di hospital mencukupi dan bersesuaian berdasarkan sumber-sumber yang diperuntukkan serta output spesifikasi yang ditetapkan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

 

Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan :

  • Mengurus serta merancang aktiviti di bawah program perubatan.
  • Memproses permohonan pelajar elektif dan latihan industri.

 

Syarat-syarat untuk membuat latihan industri adalah seperti berikut:

  •  Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan dan tidak akan menerima sebarang elaun/gaji semasa membuat latihan tersebut. 
  • Tertakluk kepada undang-undang sedia ada dan peraturan yang disediakan oleh pihak hospital dari  masa ke semasa. 
  • Segala aktiviti di wad adalah di bawah pengawasan pegawai pakar/pegawai perubatan disiplin berkenaan dan tidak dibenarkan mengendali atau menyiasat, memeriksa dan merawat pesakit di hospital
  • Segala maklumat, data statistik, rekod perubatan dan lain-lain maklumat yang diperolehi semasa latihan adalah sulit dan tidak boleh digunakan untuk cetakan.
  • Pelajar tersebut mestilah memastikan peruntukan kewangannya mencukupi semasa membuat latihan tersebut.
  • Bagi pelajar warganegara asing kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Imigresen mestilah diperolehi sebelum membuat latihan tersebut. 
  • Pihak kerajaan/Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami atau penyakit yang diperolehi semasa tempoh menjalani elektif posting/penempatan latihan.
  • Membawa surat pengesahan daripada Dekan Fakulti/Program berkenaan yang mengesahkan beliau adalah pelajar disitu. Surat pengesahan ini mestilah dibawa dan ditunjukkan kepada Pengarah Hospital berkenaan.

Jenis Pasukan
  • Pasukan 1 - Pakar, pegawai perubatan ,Penolong Pegawai Perubatan, jururawat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu.
  • Pasukan 2 -  Pegawai perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, jururawat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu.
  • Pasukan 3 -  Penolong Pegawai Perubatan, jururawat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu. 

See also