JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / PERUBATAN / UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA

 

UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA

( UKAPS )

 

Pengenalan 

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta ( CKAPS ) Negeri Johor mula beroperasi pada 16hb.September 2003 apabila seorang Pembantu Perubatan memulakan tugasnya di unit ini. Unit ini ditempatkan di bawah  Program  Perubatan. Namun pada tahun 2005, nama Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah ditukar kepada Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS).

 

Objektif

 

  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pendaftaran dan  perlesenan semua kemudahan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan  Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang yang diberikan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
  • Melaksanakan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.
  • Menjalankan pemeriksaan berkala dengan tujuan untuk memantau perkhidmatan yang diberi selaras dengan peruntukan dalam AKPJKS.
  • Menjalankan  siasatan ke atas aduan-aduan terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta yang diterima.
  • Mengumpul data-data berkaitan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dan memberi maklumbalas kepada CKAPS di Kementerian Kesihatan Malaysia. 
  • Menyediakan laporan berkaitan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dari masa ke semasa.

See also