JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / PERUBATAN / UNIT KUALITI

 

UNIT KUALITI

 

Pengenalan 

Unit Kualiti Penjagaan kesihatan dan Keselamalatan Pesakit (Unit Kualiti), Bahahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor adalah unit yang dipertanggungjawab untuk merancang, melaksana,menyelaras, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti kualiti di hospital-hospital negeri Johor. Tanggungjawab ini adalah satu kemestian untuk mempertingkatkan penghayatan dan pembudayaan kualiti dalam perkhidmatan perawatan kesihatan agar perkhidmatan yang terbaik dan releven sentiasa dapat diberikan kepada rakyat dengan selamat. Unit Kualiti juga adalah anggota tetap Sekreteriat Pemandu Kualiti,Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang berfungsi untuk merancang,melaksanakan dan menilai program kualiti program kualiti di JKN.

 

Visi

  1. Menjadi pusat rujukan serta penanda aras untuk program peningkatan Kualiti Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Pesakit di hospital-hospital.
  2. Menjadi pusat kecemelangan (centre of excellent)untuk program latihan dalam perkhidmatan dalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
  3. Menjadi pusat rujukan bagi perkembangan telekesihatan dan sistem pengurusan kesihatan di Negeri Johor.

 

Misi

Matlamat utama Unit Kualiti di dalam perkhidmatan perubatan di Negeri Johor sentiasa pada tahap yang tinggi agar pelanggan menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan selamat serta berupaya mencapai kesihatan yang baik.

 

Objektif 

  1. Merancang,melaksana, memantau dan menilai perlaksana Program Kualiti Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan pesakit di hospital-hospital daerah Negeri Johor.
  2. Merancang,melaksana,memantau dan menilai program latihan dalam perkhidamatan dan pembangunan profesionalisme anggota Bahagian Perubatan.
  3. Merancang,melaksana,memantau dan menilai program -program aktiviti insatif dan peningkatan kualiti,kreativiti dan inovasi dalam bahagian Perubatan.
  4. Bekerjasama dengan pihak Kementerian dan bahagian ICT Negeri dalam memperkembang aktiviti-aktiviti dan program Sistem Informasi Kesihatan (Health Informatics).

See also