JKN JOHOR
Home / MENGENAI KAMI / PIAGAM PELANGGAN

 

PIAGAM PELANGGAN 

 

Jabatan Kesihatan Negeri johor adalah komited untuk memberi perkhidmatan Kesihatan, Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengurusan berkualiti kepada semua tanpa mengira umur, jantina keturunan, agama dan taraf sosio-ekonomi. Untuk mencapai tujuan diatas, Jabatan Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan tepat disamping mengadakan kemudahan – kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk pelanggan – pelanggan. Untuk mencapai tujuan diatas, Jabatan Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan tepat disamping mengadakan kemudahan – kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk pelanggan – pelanggan. Jabatan Kesihatan Negeri adalah juga komited untuk mengadakan Jentera Pentadbiran yang cekap disemua institusi di bawahnya supaya kualiti perkhidmatan dapat dijaga. 

 

   Nota:Piagam Pelanggan di petik daripada Manual Kualiti, tarikh kuatkuasa : 01.04.2010

  

 

Piagam Pelanggan Unit Latihan, JKN Johor 

Menyediakan dan menguruskan latihan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan anggota dan memastikan anggota mencapai sasaran Dasar Latihan 7 hari berkursus setahun.

 

Piagam Pelanggan Unit Pentadbiran, JKN Johor 

1) Aduan Pelanggan :

Memastikan maklum balas kepada pertanyaan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh berikut :

 

  • Menguruskan dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap hospital dan pejabat kesihatan daerah dalam tempoh 14 hari.
  •  Akuan penerimaan aduan dihantar dalam masa 1 hari.
  • Laporan aduan awam dihantar ke KKM sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

 

2) Persijilan MS ISO 9001:2008 :

Melaksanakan audit dalaman sebanyak 1 kali setahun.


See also