JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / PERUBATAN / CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (T&

 

CAWANGAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (T&CM)

ZON SELATAN

Traditional & Complementary Medicine (T&CM) 

 

 

Visi 

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari beriltizam menjadi pusat kecemerlangan perubatan tradisional dan komplementari.

 

Misi 

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari akan memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

 

Peranan 

Cawangan ini bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan pengamal yang menyediakan rawatan / perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K). Cawangan ini berperanan untuk memastikan bahawa semua pengamal PT&K (mengikut kepada keperluan Akta) adalah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mematuhi setiap undang-undang dan peraturan-peraturan di Malaysia.  

  

Objektif 

1.  Memastikan hanya pengamal yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk praktis dalam bidang amalan diiktiraf dengan menawarkan perkhidmatan PT&K yang selamat, berkualiti dan berkesan kepada orang awam.

2.  Memastikan kesemua pengamal PT&K mematuhi *Kod Etika dan Kod Amalan (hyperlink dari  http://tcm.moh.gov.my) yang telah ditetapkan oleh Majlis PT&K.

3.   Mempromosikan perkhidmatan PT&K yang beretika ke semua premis / pusat rawatan PT&K.

4.   Mengekalkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap praktis PT&K yang beretika di kalangan pengguna.

 

5.  Memastikan suasana kesefahaman dan jalinan kerjasama wujud berterusan antara badan-badan pengamal, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Cawangan.

 

 

Polisi Kualiti

Kami komited untuk melaksanakan sistem kawalan dan piawaian Perubatan Tradisional dan Komplementari dengan cekap dan berkesan ke arah peningkatan tahap serta kualiti kesihatan rakyat.  

 

Fungsi

 

  • Memantau ke atas pengamal dan amalan PT&K
  • Menjalankan roadshow Akta T&CM dan lain-lain aktiviti pendidikan pengguna
  • Meningkatkan jalinan kerjasama dengan semua pihak berkaitan melalui musuarah dan dialog
  • Memastikan standard penyampaian perkhidmatan PT&K di hospital integrasi kerajaan memuaskan pelanggan
  • Membantu menjalankan aktiviti pendaftaran bagi pengamal tempatan
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan
  • Bertindak ke atas aduan berkaitan pengamal dan amalan PT&K 

 


See also