JKN JOHOR
Home / INFO BAHAGIAN / FARMASI / PENGUATKUASA FARMASI

 

PENGUATKUASA FARMASI

 

Pengenalan 

Bertanggungjawab untuk memastikan produk farmaseutikal, produk pemeliharaan kesihatan dan kosmetik yang diperdagangkan dan diguna di negara ini adalah berkualiti, berkesan dan selamat serta bahan-bahan terkawal (berjadual) dikendalikan secara sah dan betul.

 

Objektif

Untuk memastikan agar semua aspek dan aktiviti-aktiviti berhubung dengan penggunaan, pengendalian, pengimportan dan penjualan racun-racun berjadual, ubat-ubatan dan lain-lain produk farmaseutikal dilaksanakan mengikut kehendak undang-undang dan dasar-dasar kerajaan.

 

Aktar dan Peraturan Di Bawah Perundangan Farmasi

 

Akta Racun 1952 (Disemak 1989)

 

  • Peraturan Racun 1952
  • Peraturan Racun (Natrium Hidroksida) 1962
  • Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989

 

 

Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989)

 

  • Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984

 


Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Disemak 1989)

 

  • Peraturan Pendaftaran Ahli Farmasi 2004

 


Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)

 

Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976

 

Aktiviti - aktiviti Penguatkuasa Farmasi 

 

  • Perlesenan
  • Pemeriksaan
  • Risikan
  • Operasi
  • Siasatan
  • Pendakwaan
  • Kawalan Pintu Masuk
  • Pencegahan Dan Perlindungan Pengguna

 

  

Perlesenan dan Pemeriksaan

Pemeriksaan meliputi premis berlesen dan premis mempunyai premit yang mengendalikan ubat-ubatan terkawal dan bahan kimia berjadual seperti di farmasi, premis pemborong dan kilang. Pemeriksaan juga meliputi premis-premis berdaftar seperti klinik, hospital perubatan, pergigian dan veterinar swasta. Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan segala urusan jualan, bekalan, pembelian, pengedaran, penyimpanan rekod, penstoran dan penglabelan ubat dan bahan kimia terkawal adalah mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. 

Lesen atau permit racun dikeluarkan kepada mereka yang didapati layak dan sesuai untuk mengendalikannya secara borong atau runcit. 

 

Risikan dan Operasi

Risikan adalah keupayaan untuk memperolehi, memproses dan menggunakan sesuatu maklumat untuk mengesan kegiatan individu atau organisasi yang menjalankan aktiviti yang melanggar perundangan farmasi.

 

Operasi adalah untuk menjalankan serbuan berasaskan maklumat risikan ke atas individu atau organisasi yang didapati melanggar perundangan farmasi demi memastikan produk farmaseutikal, tradisional, kesihatan dan kosmetik menepati akta dan peraturan yang ditetapkan serta membasmi produk tidak berdaftar, tiruan dan dicemari racun.

 

Siasatan dan Pendakwaan

Siasatan ke atas kes yang menyalahi mana-mana perundangan yang dikuatkuasakan dengan mengumpul bukti dan keterangan untuk tujuan pendakwaan dan tindakan punitif yang berkaitan.

 

Pendakwaan dijalankan terdapat kes-kes yang di mana penyiasatan telah dilakukan dengan lengkap serta bukti yang kukuh diperolehi. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Farmasi (Kuatkuasa) yangdiberi kuasa oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Kanun Prosedur Jenayah. 

 

Kawalan dan Pintu Masuk

Bekerjasama dengan pihak Kastam untuk menyaring pengimportan barang-barang yang dikawal di bawah Perundangan Farmasi supaya pengimportan itu mematuhi peruntukan undang-undang. 

 

Pencegahan dan Perlindungan Pengguna

Mempertingkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan permintaan terhadap ubat-ubat yang sering disalahgunakan seperti ubat dan kosmetik tidak berdaftar melalui ceramah di radio tempatan, sekolah dan tempat awam. Juga mengadakan dialog dengan persatuan peniaga ubat-ubatan serta mengedarkan risalah dan poster berkenaan penggunaan ubat-ubatan yang rasional dan betul.

 

Panduan dan Perlesenan


See also