JKN JOHOR
BERITA : ZIKA DAN KEHAMILAN
Posted by jknjohorwebmaster on 2016/9/16 8:25:21 (608 reads)

ZIKA DAN KEHAMILAN

Wanita hamil yang dijangkiti virus zika boleh memindahkan virus tersebut kepada bayi dalam kandungannya. Ia boleh menganggu perkembangan otak janin dan mengakibatkan bayi yang dilahirkan dengan kepala kecil (Microcephaly).

WANITA HAMIL PERLU :

• Mematuhi jadual temujanji ibu hamil

• Segera berjumpa dengan doctor atau anggota kesihatan JIKA ANDA mempunyai gejala dan tanda zika.

• Elakkan daripada gigitan nyamuk dengan :

o Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang yang berwarna cerah.

o Menggunakan penghalau nyamuk dan repelen.

o Semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa

o Menggunakan kelmabu ketika tidur

o Elakkan aktiviti luar pada waktu puncak nyamuk Aedes mengigit (5 pagi – 7 pagi) dan (5 petang – 7 malam)

o Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk dengan melakukan aktiviti pembersihan persekitaran setiap minggu.


• Gunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti virus Zika sepanjang tempoh kehamilan.

“LINDUNGI BAYI ANDA DARIPADA ZIKA”

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article
The comments are owned by the author. We aren't responsible for their content.
Author Thread