Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti yang dilampirkan. Aset boleh dilihat pada 17/9/2017 dan/hingga 21/9/2017 di antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Hospital Kluang Lama Jalan Hospital 86000 Kluang.
Tawaran ini adalah dipelawa daripada pembekal/ kontraktor/ pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang 050201/050203 untuk membekal dan menghantar bekalan Bahan Bukan Ubat di seluruh negeri Johor.
Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan eP enable berkaitan bagi tawaran Sebutharga Perkhidmatan Sewaan Empat (4) Unit Mesin Penyalin Di Bahagian Pengurusan Dan Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun .