Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan serta mempunyai token ePerolehan yang aktif bagi tawaran seperti dilampiran.
Tawaran ini adalah diperlawa daripada pembekal tempatan yang berdafiar dengan Kementerian Kewangan (Kod Bidang:040103 ) sama ada bertaraf Bumiputera Atau Bukan Bumiputera untuk sebutharga perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman serta lain-lain berkaitan untuk petugas-petugas Operasi Mega Perangi Denggi Siri 1/2017 bagi tempoh 10 hingga 31 Januari 2017 di Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
NO. SEBUTHARGA : JKNJ(K)/(S)30(7)343/25
TARIKH TUTUP : Tarikh : 05 Januari 2017 Masa : 12.00 tengahari
LOKASI : Bahagian Kesihatan Awam, JKNJ
Keterangan lanjut berkaitan dengan sebutharga boleh diperolehi pada waktu pejabat di: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Kesihatan Awam) Jalan persiaran permai 81200 Johor Bahru
Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran boring ialah pada 05 Januari 2017 sebelum jam 12.00 tengahari. Pihak tuan dibenarkan untuk menggunakan email/faks dengan menghubungi dahulu pihak urusetia bagi tujuan penghantaran dokumen harga sebutharga.
Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan serta mempunyai token ePerolehan yang aktif bagi tawaran seperti dilampiran.
Tawaran ini adalah diperlawa daripada pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (Kod Bidang : 220602 Mesin Dan Peralatan Makmal) sama ada bertaraf Bumiputera atau Bukan Bumiputera untuk sebutharga bagi menyelenggara dan pembaikan Radas Thermal Scanner (Flir P640 S/N:40400993) yang ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar (Laluan Kedua) Johor.
Tawaran ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Perakuan Pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan & Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Taraf Bumiputera untuk Sebutharga Kerja-Kerja Pemasangan Pagar di Tapak Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Tampoi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.