Home / BAHAGIAN KESIHATAN AWAM / UNIT KAWALAN TIBI/KUSTA

UNIT KAWALAN TIBI/KUSTA


PROGRAM KAWALAN TIBI

Visi:

Menjadikan Negeri Johor bebas daripada penyakit Tibi (TB)


Misi:

1.Memutuskan rantaian penularan penyakit TB, terutamanya TB Berjangkit, dalam masyarakat melalui pengesanan awal dan rawatan segera.

2.Memberi rawatan piawai TB secara pemerhatian langsung (Direct Observed Treatment, DOT) 100%.

3.Memastikan setiap kontak menjalani ujian saringan TB secara berkala.

4.Melindungi setiap bayi yang baru lahir melalui pelalian BCG primer.

5.Meningkatkan kualiti hidup pengidap TB.


Objektif:

1.Mencapai kadar sembuh sekurang-kurangnya 85%

2.Mengurangkan kadar kematian TB


PROGRAM KAWALAN KUSTA

Pada tahun 1969, Program Rawatan Khas Kusta, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dibentuk. Objektif program tersebut adalah supaya penyakit Kusta tidak lagi menjadi masalah kesihatan masyarakat dan pesakit Kusta boleh menerima rawatan di mana-mana pusat kesihatan terdekat.


Matlamat:

Pada tahun 1991, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (World Health Assembly) telah menetapkan sasaran eliminasi penyakit Kusta daripada terus menjadi masalah kesihatan awam dengan kadar prevalen kurang daripada 1 kes bagi setiap 10,000 penduduk.Negeri Johor telah pun berjaya mencapai sasaran ini sejak dari tahun 1993 manakala Malaysia berjaya mencapai sasaran tersebut pada tahun berikutnya, 1994.

 


CARTA ORGANISASI

 

CARTA ORGANISASI 


See also
Prepare to print

UTUSAN PENGARAH

ALAMAT RASMI JKNJ

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Tingkat 2, 3, 4 & 5, Blok B
Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80590 Johor Bahru.
07-2245180/188/189
07-2247361
jknjohor@moh.gov.my
PETA LOKASI

WEB MAIL KKM

KAUNTER PELAWAT

HIT KESELURUHAN: 571258
HIT HARI INI: 26
HIT MINGGU INI: 710
HIT BULAN INI: 5518