Home / BAHAGIAN PERUBATAN / BAH. PERUBATAN / SOALAN LAZIM / PERINTAH FEE (PERUBATAN) 1982

PERINTAH FEE (PERUBATAN) 1982

SENARAI KUMPULAN ORANG-ORANG YANG TELAH DIBERIKAN PENGECUALIAN
DI BAWAH PERENGGAN 16(2) OLEH PIHAK PERBENDAHARAAN

Bil Kumpulan Orang Pengecualian
1 Pelajar :
Dikecualikan daripada membayar apa-apa caj wad, rawatan kepakaran di wad kelas 2 dan caj pesakit luar dengan syarat mengemukakan surat pengenalan daripada Pengetua Sekolah. Terhad kepada warganegara sahaja.
Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belajar sepenuh masa sehingga tingkatan 5
- Terbaru hingga tingkatan 6 (sekolah bantuan penuh kerajaan)
2 Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah dan tidak bersekolah (Golongan miskin sahaja)
Dikecualikan caj hospital kelas tiga dan caj peskait luar. Borang pengesahan sosio-ekonomi pesakit brekenaan perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh pegawai kebajikan Perubatan Hospital/Pengarah Hospital/Ketua Klinik Pergigian semasa pendaftaran dan disimpan dalam fail pesakit untuk rekod/semakan audit. Terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.
3 Anggota Angkatan Sukarela
a) Sekiranya mendapat bencana atau sakit dalam menjalankan tugas   dikecualikan daripada membayar semua caj rawatan dan caj wad

b) Anggota Angkatan Sukarela dan keluarganya dikenakan setengah bayaran hospital dan wad apabila sakitnya atau kecedaraan bukan keranan menjalankan tugas ketenteraan. Dikuaclikan daripada bayaran pesakit luar.

Askar Wataniah
Pasukan Pertahanan Tempatan
Pasukan Simpanan TLDM/TUDM
Pasukan Pertahanan Awam
Polis Sukarela Simpanan
4


Penuntut-Penuntut :-

Dikecualikan daripada bayaran pesakit luar dan caj hospital kelas tiga.
- Institut Pertanian Semenanjung Malaysia
- Pusat Latihan di bawah Kementerian Belia Dan
  Sukan

- Pelatih Institut Latihan Perindustrian
 (Senarai seperti di lampiran C)

 

5



Wakil Kesihatan Kampong di Sarawak sahaja dan keluarga

Dikecualikan caj hospital kelas 3
6 Perkhidmatan Pasukan Perubatan Bersedia Jadual H Bahgain 2 (iii) Perintah Fee (Perubatan ) 1982
(a) Bagi majlis-majlis yang dibiayai oleh kerajaan (termasuk kerajaan Negeri) contohnya :- Perayaan Hari Kebangsaan, Mesyuarat Undangan Negeri

(b) Bagi majlis-majlis yang diadakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan di peringkat Kementerian / Jabatan / Negeri yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

7
Penderma Darah (semua orang yang menderma darah kepada hospital kerajaan

Jenis pengecualian seperti di lampiran A
8 Anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang masih berkhidmat yang mendaftar dengan sah dan diberi kad penegnalan rela.
Anggota RELA yang mendapat bencana dalam menjalankan tugas-tugas mereka hendaklah dimasukkan ke dalam wad kelas 2 jika ada tempat dan ianya tidak boleh dikenakan apa-apa caj rawatan.
9 Anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulan yang berdaftar dengan sah.
Sekiranya mendapat bencana dalam menjalankan tugas berhak mendapat kemudahan rawatan pesakit luar dan rawatan wad kelas kedua percuma.
10 Bekas Anggota :-





Seperti di lampiran E
- Polis Khas
- Polis Tambahan
- Senoi Praak
- Kawalan kampung
- Polis Extra
      Yang telah bersara atau diberhentikan dengan baik setelah berkhidmat tiada kurang 5 tahun dan keluarga mereka tidak tertakluk kepada peruntukan Perintah Am.
11 Raja Negeri, Yang Dipertuan dan Keluarga
Semua caj dikecualikan kecuali gigi palsu
12 Penduduk Orang Asli di semenanjung Malaysia
Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan di wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar
13 Tahanan Polis (termasuk banduan), Anak-anak Yatim, Anak-anak cacat dan Orang Tua di bawah Jagaan Kerajaan.
Semua bayaran perubatan dikecualikan wad kelas 3 dan pesakit luar.
14 Tokoh Seni Negara

Kemudahan Perubatan Percuma Kelas 1

15 Penerima Anugerah Sastera Negara
Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas 1
16 Jemaah Haji LUTH dan Persendirian
Pengecualian bayaran ke atas caj suntikan miningitis dan caj pemeriksaan kesihatan
17 Jemaah Umrah
Caj suntikan 'Minigitis' dikecualikan
18 Atlit-atlit Kebangsaan (Ahli Sukan Kebangsaan)
Pemeriksaan Perubatan percuma (secara routine) dan rawatan perubatan percuma (wad kelas 2 dan Rawatan Pesakit Luar)
19 Pesakit-pesakit tibi dan Penyakit Berjangkit lain yang telah keluar dari wad
Dikecualikan daripada caj 'follow-up' di Jabatan Pesakit Luar
20 Pesakit Luar yang telah mengidap tibi termasuk kontek-kontek pesakit tersebut
Dikecualikan daripada cajk pesakit luar am dan pesakit luar pakar.
21 Pengecualian caj bagi kes-kes yang menghidap penyakit berjangkit (warganegara Malaysia dan wrag asing)
Rawatan percuma kelas 3 dan rawatan Pesakit Luar  eliputi kes-kes yang disahkan penyakit berjangkit, kontak-kontak, disyaki, pengawasan, pemerhatian dan rawatan orthondotik)
22 Rakyat Bosnia Herzegovina yang tinggal di Malaysia
Dikecualikan daripada semua caj dan rawatan di wad kelas 3. (tidak termasuk pembekalan gigi palsu dan rawatan orthondontik)
23 Mangsa-Mangsa kemalangan dan mangsa-mangsa penganiayaan seperti mangsa rogol, deraan dan sebagainya yang dirujuk oleh pihak polis
Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar.
24 Pelatih Pusat Serenti dan Pusat Jagaan Lanjutan
Dikecuaikan daripada bayaran rawatan pesakit luar dan caj hospital kelas 3.
25 Pelajar-pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Kuantan, Batu Pahat, Alor Star, Kota Bharu, Port Dickson dan Kuching, Johor Bahru.
Dikecualikan daripada caj pesakit luar dan rawatan kelas 2.
26 Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran MARA
Dikecualikan daripada bayaran rawatan pesakit luar dan caj kelas 3
27 Guru Pelatih di Maktab Perguruan Semenanjung Malaysia
Rawatan Perubatan Percuma di wad kelas 2.
28 Jururawat Pelatih tajaan Kerajaan
Rawatan Percuma kelas 2 dan rawatan Pesakit Luar
29 Pelatih Institut Latihan Perikanan Malaysia, Chendering
Dikecualikan daripada semua caj dan rawatan di wad kelas 3 (tidak termasuk pembekalan gigi palsu dan rawatan orthondontik) dan juga rawatan pesakit luar.
30 Pelajar-Pelajar Kolej Profesional Mara Melaka
Rawatan percuma wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar
31 Pelajar-Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan
Pengecualian rawatan pesakit luar dan kemudahan wad kelas 3
32 Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital
Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan pesakit luar (semasa tempoh menjadi ahli Lembaga sahaja)
33 Veteran ATM, Bekas Tentera British / FORCE 136 / British Tracker (Sawarak)
Pengecualian rawatan Hospital dan rawatan pesakit luar. Perlu mengemukakan Surat Pengesahan daripada JHEV dan menyatakan kelayakan wad. Dipanjangkan kepada ahli keluarga.
34 Peserta Program Latihan Khidmat Negara
Pengecualian caj pemeriksaan kesihatan bagi calon Program PLKN dan wad dan rawatan kelas 2
35 Golongan yang menerima bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Rawatan percuma wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar
36 Golongan Pesakit Kurang Upaya terhad kepada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan warganegara Malaysia sahaja.
Penegcualian bayaran wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar
37 Golongan yang mendapat Bantuan Bulanan Fakir Miskin di bawah kelolaan Majlis Agama Negeri atau Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Islam
Pengecualian kemudahan rawatan pesakit luar dan wad kelas 3. Terhad kepada warganegara sahaja.
38 Ahli-Ahli Panel Penasihat Kesihatan
Pengecualian caj rawatan dan kemudahan wad kelas 2. Untuk diri sendiri sahaja.
39 Pesakit wad kelas 3 yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kerajaan Terhad kepada warganegara sahaja.
Pengecualian bayaran wad kelas 3 semasa menerima rawatan yang berkaitan.
40 Penderma organ di Hospital Kerajaan Terhad Warganegara sahaja.
Kemudahan wad kelas 1 percuma (yang masih hidup dan telah mendermakan organ)

Pengecualian pesakit yang telah mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan dan telah mendermakan organ dan membayar bil hospital di wad yang mereka dudUki.

41 Kes-Kes PERKESO
Bayaran caj pemeriksaan Lembaga Perubatan dikecualikan
42 Pemeriksaan Kesihatan bagi calon-calon perkhidmatan di Badan Berkanun. Dikecualikan bayaran dengan syarat membawa surat majikan yang mengesahkan tidak mempunyai doktor panel.

Badan Berkanun yang mempunyai doktor panel atau tidak membawa surat pengesahan majikan RM 20.00 dikenakan.


See also

ALAMAT RASMI JKNJ

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Tingkat 2, 3, 4 & 5, Blok B
Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80590 Johor Bahru.
07-2245180/188/189
07-2247361
jknjohor@johr.moh.gov.my
PETA LOKASI

WEB MAIL KKM

PENDAPAT ANDA

Pendapat Anda Tentang Rekabentuk Baru Laman Web Rasmi JKNJ
Sangat Baik
Baik
Sederhana
Kurang Memuaskan

TAKWIM 2013

April 2014
Add event Submit event
S M T W T F S
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

KAUNTER PELAWAT

HIT KESELURUHAN: 527312
HIT HARI INI: 1
HIT MINGGU INI: 1
HIT BULAN INI: 6106