Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk emel daripada bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 1 September 2010.
Dilampirkan Jadual terkini bagi Pusat Penilaian Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk makluman, kuota bagi menduduki Tahap Kecekapan 4, bagi gred 48 pelbagai skim yang dijadualkan pada 23 Oktober 2010 telah penuh.
Walaubagaimanapun, permohonan terakhir boleh dilakukan bagi menduduki PPK bagi tahun 2010 yang akan diadakan pada 4 Disember 2010 yang akan diadakan di IPK Bangsar. Permohonan bagi TK 4 gred 48 seterusnya akan diadakan pada bulan Mac 2011.
Dipohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan permohonan bagi menduduki Penilaian Pusat Kompetensi mematuhi syarat-syarat kelayakan dan dihantar menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Permohonan bagi menduduki PPK dilayan berdasarkan "First Come ,First Serve" sahaja. Sila klik disini untuk mendapatkan jadual terbaru PPK.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norlidar binti Mahd. Rashid untuk keterangan lanjut.Terima kasih.