MENU UTAMA
SENARAI AGENSI
PELAWAT
PAUTAN
Login
(1) 2 3 4 5 »
Pengumuman : PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN SATU (I) YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN DAN LEBIH DALAM SKIM PERKHIDMATAN DAN PERKHIDMATAN SEMASA DI KKM
Posted by uict on 11/03/10 (46 reads)

KKM akan melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas untuk Penyandang (KUP) kepada penjawat awam Kumpulan Sokongan Satu (1) yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama pada 02 Julai 2009 sehingga 31 Disember 2009.

Sila muatturun Memo dan Lampiran B yang berkaitan disini.

Read More... | 1015 bytes more
Pengumuman : PENGEMASKINIAN MAKLUMAT HARTA BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI (PGT)SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)MELALUI APLIKASI HRMIS.
Posted by uict on 24/02/10 (96 reads)

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Kementerian sedang memantau status pengemaskinian maklumat perisytiharan harta bagi pegawai-pegawai dari Kumpulan Perkhidmatan Tertinggi (di Kementerian Kesihatan).

Sehubungan dengan itu, Penyelaras HRMIS di PTJ adalah dipohon agar memberi perhatian terhadap urusan ini dan memastikan agar maklumat tersebut dikemaskini ke dalam Aplikasi HRMIS sebelum atau pada 15 Mac 2010.Sekiranya urusan tersebut telah diselesaikan, mohon kepada PTJ untuk memaklumkan kepada jabatan ini.
**Sila muat turun fail istihar harta pgt.pdf dengan menggunakan "perkongsian dokumen".

Read More... | 1106 bytes more
Pengumuman : TAKLIMAT DAN DIALOG HALA TUJU PEMBANTU TADBIR BERSAMA PRESIDEN CUEPACS
Posted by uict on 12/02/10 (131 reads)

Semua warga JKNJ yang terlibat adalah dijemput untuk menghadiri sesi di atas bagi mendapatkan maklumat mengenai hala tuju Pembantu Tadbir di masa akan datang. Sesi ini akan diadakan pada:

Tarikh: 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat: Auditorium Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

Pengumuman : LAPORAN BULANAN ePEROLEHAN
Posted by uict on 09/03/10 (29 reads)

Bahagian Pengurusan (Kewangan), JKN Johor memohon kerjasama semua Ketua-ketua PTJ untuk mengemukakan Laporan Bulanan ePerolehan pada setiap 1 haribulan bagi bulan berikutnya sebelum jam 12:00 tengahari mengikut format seperti lampiran ini.

Read More... | 518 bytes more
BERITA PTJ : HOSPITAL SEGAMAT - AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN 2010
Posted by uict on 22/02/10 (112 reads)

A) JABATAN PAEDIATRIK HOSPITAL SEGAMAT 2010

1. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK ISTIMEWA DI BANDAR SEGAMAT (1 MAC 2010)
• Objektif lawatan ini ialah untuk mengenalpasti perkhidmatan yang disediakan untuk kanak-kanak istimewa di Segamat supaya nasihat dan rujukan yang tepat dapat diberikan kepada pesakit paediatrik dan keluarga mereka. Ia juga diharap dapat memberi pendedahan kepada kakitangan hospital untuk melihat pesakit di luar hospital dan untuk saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan kakitangan pusat lawatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

• Tempat-tempat lawatan ialah SK Datuk Wan Idris, Bandar Segamat; Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Bandar Segamat; dan Happy Kids Play Therapy Centre, Segamat Baru.

• Peserta lawatan adalah seramai 30 orang, merangkumi pegawai perubatan dan jururawat Jabatan Paediatrik, Physiotherapist, Carapulih Carakerja (Occupational therapist), Psychiatrist, Kebajikan Perubatan dan Pengurusan hospital.

2. HARI KELUARGA JABATAN PAEDIATRIK (1 MEI 2010)

• Objektif Hari Keluarga Jabatan Paediatrik ialah untuk mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan mengenali keluarga dengan lebih mesra, di samping melakukan aktiviti riadah dan sukaneka.

• Hari keluarga tahun ini akan diadakan di kawasan hospital supaya ramai anggota boleh menyertai majlis ini. Acara yang dirancang termasuk sukaneka, barbecue, senaman, poco-poco, pertandingan melukis dan sebagainya.


3. SAMBUTAN HARI ‘ANAKKU, JANTUNG HATIKU’ SEMPENA HARI JANTUNG SEDUNIA 26/9/2010 DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 30/10/2010 (25 OKT 2010)

• Tema: ‘Sayangi Jantung Anda seperti Anda Menyayangi Anak Anda’. Tema mengambilkira Hari Jantung Sedunia dan Hari Kanak-kanak Sedunia yang jatuh pada tarikh yang berdekatan.

• Objektif Sambutan Hari ‘Anakku, Jantung Hatiku’ ialah untuk meraikan pesakit kanak-kanak terutama yang menghidap penyakit jantung.Ia juga diharap akan memberi pendedahan kepada pesakit dan ibubapa tentang penjagaan jantung yang sihat.

• Penceramah: Dr. Nomee Ashikin bte Datuk Mohd Radzi, Pakar Jantung Paediatrik, Institut Jantung Negara dan Dr Rahal Yusof, Pakar Jantung, Hospital Serdang. Wakil pesakit dan keluarga juga akan berkongsi pengalaman hidup mereka.

• Peserta: Pesakit Jantung Kanak-kanak dan ahli keluarga, pegawai perubatan dan petugas kesihatan hospital dan kesihatan kawasan Johor Utara, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan NGO berkaitan.

• Selain ceramah kesihatan, acara lain ialah pertandingan melukis dan mewarna, pameran kesihatan mengenai penyakit jantung.

Disediakan oleh: Dr Intan Nor Chahaya Shukor, Pakar Paediatrik, Hospital Segamat.

B) JABATAN PATOLOGI

1. Kempen Menderma Darah

Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi akan menjalankan kempen seperti yang tertera dibawah:

a. UiTM Cawangan Segamat
Tarikh: 11hb Feb 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

b. Dewan Orang Ramai Tenang Station
(Anjuran Lion’s Club Labis)
Tarikh: 27hb Feb 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

(1) 2 3 4 5 »
WAKTU TEMPATAN
ALAMAT RASMI JKNJ
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Tingkat 3, 4 & 5, Blok B,
Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80590 Johor Bahru.
Tel:07-2245180/188/189
Fax:07-2247361
EMEL RASMI:
jknjohor@moh.gov.my
Peta Lokasi
WEB MAIL KKM
User ID :
Password :
BULETIN EPID 2009
TENTANG IT
TANYA PAKAR
SOALAN LAZIM
SUAPAN BERITA
ISO DOKUMENTASI

e-ISO JKNJ