PENGARAH
DIGITALISASI KESIHATAN AWAM
SLOT TEMUJANJI KK/KP
SLOT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN & KLINIK PERGIGIAN |
jknj2.moh.gov.my/qrtca/ |
SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM
MyGovUC 2.0
Panduan Permohonan Lesen Racun Dibawah Akta Racun 1952
Pengenalan Racun
Menurut Akta Racun 1952, racun adalah sebarang bahan yang ditentukan mengikut nama di dalam senarai Jadual Pertama Senarai Racun termasuk sediaan, sebatian, larutan, campuran atau bahan semulajadi melainkan dikecualikan, termasuklah bahan-bahan dalam Jadual Kedua.
Jenis Lesen yang Dikeluarkan
Lesen A |
Untuk Ahli Farmasi yang berurusan dengan semua jenis Racun Berjadual (Runcit / Borong / Runcit dan Borong) |
Lesen B |
Untuk mengimport atau berniaga secara borong Racun Berjadual tertentu untuk kegunaan industri |
Lesen D |
Untuk jualan runcit racunberjadual tertentu |
Lesen E |
Untuk mengimport dan mengguna Natrium Hidroksida |
Permit Natrium Hidroksida (NaOH) |
Untuk membeli, menyimpan dan mengguna Natrium Hidroksida |
Permit Bahan Psikotropik |
Untuk membeli dan mengguna Bahan Psikotropik |
Piagam Pelanggan
Lesen Racun / Permit baru akan dikeluarkan bagi permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat dalam jangkamasa 10 hari.
Syarat Am Permohonan Lesen (Kewajipan Permohonan)
Borang Permohonan yang diisi lengkap
- Dokumen sokongan yang lengkap disertakan
- Bayaran dikemukakan
- Permohonan memenuhi kriteria yang ditetapkan
- Permohonan mematuhi undang-undang dan syarat lesen
Dokumen Sokongan Am Yang Perlu Disertakan
Gambar dan salinan kad pengenalan / passport pemohon dan pembantu
- Salinan Borang 9, Borang 49 dan Borang 24 dari Pendaftar Syarikat atau Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Lesen Perniagaan / Stor dari Majlis Perbandaran / Daerah Tempatan
- Salinan Surat Perlantikan Jawatan dari Majikan
Bayaran proses
Syarat Khas untuk Permohonan Lesen A
Pemohon adalah seorang Ahli Farmasi berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia
- Surat Pembatalan Lesen dari negeri lain (jika berkaitan)
- Salinan Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan (Body Corporate) tahun semasa [Seksyen 13 (6) Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951] jika berkaitan
Menyediakan dokumentasi berkaitan
Syarat Khas untuk Permohonan Lesen B dan Lain-lain
Perlu menghadiri sesi temuduga untuk kefahaman Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturannya
- Menyediakan dokumentasi berkaitan
- Menyediakan stor racun mengikut syarat-syarat lesen
- Terdapat papan tanda RACUN
- Kawasan penyimpanan selamat
- Keluasan mencukupi dan tidak berfungsi
- Sentiasa bersih dan kemas
Diasingkan dari bahan bukan racun dan makanan
Bayaran Proses
Percuma untuk Lesen A
- RM 100 untuk Lesen B / Lesen E / Permit Psikotropik
- RM 20 untuk Lesen D / Permit NaoH
- Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Kiriman Wang (Money Order) / Wang Pos / Bank Draf
Semua bayaran dibuat atas nama Pengarah Kesihatan Negeri Johor
Contoh Bahan Kimia yang Memerlukan Lesen B
1-Phenyl-2-Propanone 3-4-Methylenedioxyphenyl-2-Propanone Acetyl Chloride Ammonia 5% dan ke atas Anthranilic Acid Antimony Acid Antimony Organic Arsenic Barium Bismuth Boric Acid dan Sodium Borate Chloral Chloroform 10% dan ke atas Creosote 50% dan ke atas Dinitrocresols Dinitronapthols Dinitrophenols Dinitothymols Ethyl Ether |
Flourides 3% dan ke atas Formaldehyde 5% dan ke atas Hydrazines, Benzyl, Phenethyl, Phenoxyethyl HydrochloricAcid 9% dan ke atas Hydrofluoric Acid Hydrogen Cyanides Hydroquinone, selain yang dikecualikan Iodine 2% dan ke atas Isosafrole, selain yang dikecualikan Lead Acetate melebihi 4% Lithium salts melebihi 0.01% Lysergic Acid Mercury N-acethylanthranilic Acid Nitric Acis 9% b/b dan ke atas Nitrobenzene 0.1% dan ke atas Nitrophenols
|
Oxalic Acid, Metallic Oxalates Phenols selain dari Part 1 Phenylacetic Acid Phosphorus Picric Acid Piperidine Piperonal Potassium Hydroxide 12% dan ke atas Potassium Permanganate Safrole Sodium Hydroxide 12% dan ke atas Sulphuric Acids 9% dan ke atas Thallium dan garamnya Thionyl Chloride Antibiotic dalam makanan ternakan haiwan
|
(*perubahan senarai tertakluk kepada pindaan Perintah Senarai Racun Terkini)
Panduan Pelupusan Bahan yang Mengandungi Racun Berjadual
Pemegang lesen bertanggungjawab ke atas pelupusan bahan-bahan kimia yang mengandungi racun berjadual bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang sedia ada.
- Bahagian ini perlu dimaklumkan mengenai pelupusan bahan-bahan tersebut dengan mengemukakan dokumen yang menunjukkan pelupusan telah disempurnakan.
- Untuk bahan-bahan Psikotropik dan Dadah Berbahaya, pelupusan perlu disaksikan oleh Pegawai Penguatkuasa daripada Bahagian ini.
See also