PENGARAH
DIGITALISASI KESIHATAN AWAM
SLOT TEMUJANJI KK/KP
SLOT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN & KLINIK PERGIGIAN |
jknj2.moh.gov.my/qrtca/ |
SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM
MyGovUC 2.0
Kawalan Penggunaan dan Penjualan Ubat-ubatan
Bagaimana Ubat Dikawal ?
Ubat dikawal melalui proses pendaftaran. Sebelum dipasarkan, semua jenis ubat di negara ini perlu didaftarkan dengan :
PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH,
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Universiti, Peti Surat 319,
46730, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-78835400
Faks : 03-79562924
Sila layari laman sesawang http://www.bpfk.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran produk-produk farmaseutikal.
Apakah Ubat Berdaftar dan Kosmetik Bernotifikasi ?
Ubat Berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesuatu ubat-ubatan perlu didaftarkan sebelum ia boleh dikilangkan, dijual atau digunakan oleh pengguna.
Ubat Berdaftar adalah selamat untuk digunakan, berkesan dan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Ubat Berdaftar terbahagi kepada :
- Ubat Racun
- Ubat Bukan Racun (Over The Counter, OTC)
- Ubat Tradisional
- Ubat Supplemen Kesihatan
Kosmetik bernotifikasi adalah produk kosmetik yang telah dinotifikasi oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua keluaran kosmetik perlu dinotifikasikan sebelum ia boleh dikilangkan, dijual dan digunakan oleh pengguna.
Bagaimana Ciri-ciri Ubat Berdaftar ?
Semua produk berdaftar mesti mempunyai Nombor Pendaftaran dan mempunyai Hologram Meditag.
Ubat Racun ditanda dengan huruf 'A' pada hujung nombor pendaftaran. Mempunyai Hologram Meditag. Boleh diperolehi HANYA di hospital, klinik atau kedai farmasi sahaja.
Contoh : MAL19992544A
Ubat Bukan Racun (OTC) ditanda dengan huruf 'X' pada hujung nombor pendaftaran. Mempunyai Hologram Meditag. Boleh dijual di kedai runcit, pasaraya dan sebagainya.
Contoh : MAL19955080X
Ubat Tradisional ditanda dengan huruf 'T' pada hujung nombor pendaftaran. Mempunyai Hologram Meditag. Boleh dijual di kedai runcit, pasaraya dan sebagainya.
Contoh : MAL19992442T
Ubat Supplemen Kesihatan ditanda dengan huruf 'N' pada hujung nombor pendaftaran. Mempunyai Hologram Meditag. Boleh dijual di kedai runcit, pasaraya dan sebagainya.
Contoh : MAL11022442N
Keluaran Kosmetik perlu notifikasi tetapi tidak wajib untuk dipamerkan pada produk. Keluaran kosmetik tidak mempunyai Hologram Meditag.
Contoh : NOT12345678K @ NOT12345678KE
Kesalahan Menjual Ubat Tidak Berdaftar
Hukuman di bawah Akta Jualan Dadah 1952 :
- DENDA RM25,000 atau PENJARA tidak melebihi 3 tahun atau keduanya sekali.
- DENDA RM50,000 atau PENJARA tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali.
See also