JKN JOHOR

PENGARAH

SLOT TEMUJANJI KK/KP

SLOT TEMUJANJI KLINIK KESIHATAN & KLINIK PERGIGIAN
jknj2.moh.gov.my/qrtca/

SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM

Home / INFO BAHAGIAN / FARMASI / E-MASS

SENARAI DIREKTORI UNIT PEROLEHAN

 

E-MASS

 

Pengenalan 

  1. E-MASS (Electronic Medical Automation Supply System) merupakan sistem yang dikendalikan oleh Oratis Services Sdn Bhd
  2. E-MASS berfungsi sebagai perantara untuk memudahkan pesara dan tanggungan yang layak, mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan yang tidak dapat disediakan oleh Hospital/KlinikKerajaan.
  3. E-MASS adalah melalui rangkaian Farmasi Runcit yang Berdaftar dengan Oratis Services SdnBhd, dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

Pihak yang Layak

Mereka yang layak adalah PESARA :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Ahli Parlimen
  • Anggota Pentadbiran
  • Setiausaha Politik Persekutuan
  • Hakim MahkamahTinggi, Rayuan dan Persekutuan

**e-MASS tidak layak untuk pesara awam negeri, pesara badan berkanun negeri, pesara tentera & pesara di bawah pihak berkuasa tempatan.

  

Kebaikan E-MASS 

  • Memudahkan proses untuk pesara dan tanggungan yang layak, mendapatkan perkhidmatan bekalan ubat serta peralatan perubatan melalui rangkaian Farmasi Runcit yang Berdaftar dengan Oratis Services Sdn Bhd, dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Tiada pembayaran diperlukan bagi mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan.
  • Pembayaran akan diuruskan oleh Oratis Services Sdn Bhd.
  • Khidmat  penghantaran bekalan ubatan dan alatan perubatan disediakan melalui kurier PosLaju secara percuma.

 

Khidmat Kurier

  • Bagi memudahkan pengguna, Oratis Services Sdn. Bhd juga menyediakan khidmat penghantaran bekalan ubat atau alatan perubatan dengan menggunakan perkhidmatan kurier PosLaju.
  • Proses penghantaran biasanya mengambil masa selama empat (4) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan lima (5) hari bekerja bagi Sabah/Sarawak, dari tarikh pesara membuat permohonan melalui email, faksimili dan juga portal e-MASS.
  • Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan bagi kos penghantaran.

 

Peranan Persara yang Layak untuk Menggunakan E-MASS

Sebelum Mendapatkan Rawatan:

 

1. Hubungi talian bebas tol e-MASS: 1-800-88-6627 (Oratis Call Centre)

2. Semak dengan e-MASS helpdesk (Oratis Call Centre) mengenai status pendaftaran pesara

**salinan kad pengenalan & kad pesara diperlukan bagi menentusah pesara awam persekutuan yang namanya tidak terdapat dalam senarai e-MASS

  • Tiada pembayaran diperlukan bagi mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan.
  • Pembayaran akan diuruskan oleh Oratis Services Sdn Bhd.
  • Khidmat  penghantaran bekalan ubatan dan alatan perubatan disediakan melalui kurier PosLaju secara percuma.

 

Semasa Mendapatkan Rawatan:

 

1. Pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan.

2. Jika Pegawai Perubatan mengesahkan ubat yang diperlukan tiada di fasiliti kerajaan berkenaan,  pesara perlu menyemak sama ada ubat / peralatan perubatan tersebut layak dituntut dengan Syarikat Oratis (Rujuk Lampiran A bagi Senarai Ubat / Peralatan perubatan yang layak dituntut).

3. Seterusnya, pesara perlu :

a.    Mengisi Borang Perubatan 1/09

b.    Mendapatkan preskripsi asal kerajaan daripada Pakar / Pegawai Perubatan di fasiliti kerajaan berkenaan.

c.    Mendapatkan pengesahan daripada Pakar / Pegawai Perubatan bahawa ubat tersebut tidak dapat dibekalkan di fasiliti kerajaan berkenaan. 

4. Setelah itu, pesara perlu menuntut ubat tersebut dengan salah satu cara daripada 3 cara berikut :

a. Mengambil sendiri di Farmasi Swasta yang berdaftar dengan Oratis Sdn. Bhd.  (http://www.oratis.com.my/index.php/farmasi)

-   Pesara perlu membawa Borang Perubatan 1/09 yang lengkap diisi beserta pengesahan Pakar atau Pegawai Perubatan.

-   Pesara juga perlu mengemukakan preskripsi ubat asal yang lengkap beserta tandatangan Pakar/Pegawai Perubatan daripada fasiliti kerajaan.

-   Kemudian, ubat akan dibekalkan secara percuma.

 

b. Melalui Khidmat Kurier

Terdapat 2 cara bagi pesara untuk mendapatkan ubat melalui khidmat kurier iaitu:

 

i. Melalui laman web

- Pesara perlu membuat tempahan melalui laman web e-MASS (www.emass.com.my).

- Pesara perlu muat naik Borang Perubatan 1/09 yang lengkap diisi beserta pengesahan Pakar atau Pegawai  Perubatan dan preskripsi ubat asal yang lengkap beserta tandatangan Pakar/Pegawai Perubatan daripada fasiliti  kerajaan, ke portal e-MASS.

Ubat akan dihantar melaui poslaju dalam tempoh 4 hari bekerja.

 

ii. Melalui telefon dan fax

-  Pesara perlu menghubungi Oratis Call Centre (1-800-88-6627)

- Pesara perlu faks Borang Perubatan 1/09 yang lengkap diisi beserta pengesahan Pakar atau Pegawai Perubatan dan preskripsi ubat asal kerajaan yang lengkap beserta tandatangan Pakar/Pegawai Perubatan daripada fasiliti kerajaan ke portal e-MASS ke Syarikat Oratis Sdn. Bhd. (03-5523 4614)

- Ubat akan dihantar melaui poslaju dalam tempoh 4 hari bekerja. 

5.  Bagi Tuntutan Peralatan Perubatan, pesara perlu menyertakan:

- Borang Perubatan 1/09 yang lengkap diis

- Surat Pengesahan Doktor

- Sebut harga peralatan perubatan berkenaan daripada pembekal

6. Sebagai maklumat tambahan, ubat yang dituntut melalui e-MASS akan dibekalkan setiap 3 bulan oleh farmasi runcit yang dilantik (bagi preskripsi yang melebihi tempoh 3 bulan). Pesara perlu membawa salinan dokumen yang diperlukan setiap kali mendapatkan bekalan tersebut.

 

Maklumat Syarikat Oratis:

No.31, JalanTukul N 15/N,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor DarulEhsan

 

Website : www.oratis.com.my
e-MASS Toll Free : 1800-88-6627
Fax : 03-5523 4614

Email : emass@oratis.com.my

     
    CARTA ALIRAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN KEMUDAHAN PERUBATAN MELIBATKAN UBAT BAGI PESARA (e-MASS)

 

Peranan Pakar / Pegawai Perubatan

1. Memastikan pesara yang dirawat layak menggunakan e-MASS.

2. Memastikan ubat atau peralatan perubatan yang akan dibekalkan kepada pesakit melalui e-MASS, tidak terdapat di fasiliti kerajaan berkenaan. Jika Pakar atau Pegawai Perubatan tidak pasti tentang kedudukan ubat tersebut, Pakar atau Pegawai Perubatan tersebut perlu bertanyakan mengenainya kepada Pegawai Farmasi di fasiliti tersebut.

Memastikan ubat / peralatan perubatan yang tiada di fasilti kerajaan berkenaan layak dituntut dengan Syarikat Oratis (Rujuk Lampiran A bagi SenaraiUbat / Peralatan perubatan yang layak dituntut).

4. Mengemukakan preksripsi kerajaan yang mengandungi ubat yang berkaitan.

5. Menyediakan Borang Perubatan 1/09 di fasiliti dan meminta pesara untuk melengkapkannya.

6. Mengesahkan Borang Perubatan 1/09 yang telah lengkap diisi oleh pesara.

7. Menyerahkan Borang Perubatan 1/09 yang telah disahkan berserta preksripsi asal kerajaan yang lengkap kepada pesakit bagi tujuan pengambilan ubat melalui e-MASS.

8. Bagi tuntuan peralatan perubatan, Pakar /Pegawai Perubatan perlu mengemukakan juga Surat Pengesahan Doktor (dalam bentuk memo atau surat rasmi beserta tandatangan) serta mencadangkan premis bagi pesakit untuk mendapatkansebutharga peralatan berkenaan jika perlu.

 

Peranan Pegawai Farmasi

1. Menyediakan senarai ubat yang terdapat di hospital.

2. Menyediakan BorangPerubatan 1/09 di fasiliti dan meminta pesara untuk melengkapkannya.

3. Menyediakan Lampiran A iaitu Senarai Ubat / Peralatan perubatan yang layak dituntut oleh pesara melalui e-MASS.

4. Memaklumkan kepada Pakar /Pegawai Perubatan mengenai senarai ubat yang tidak mempunyai bekalan pada masa-masa tertentu tetapi terdapat di dalam formulari hospital berkenaan.

5. Memaklumkan kepada pesakit maklumat-maklumat mengenai e-MASS dengan lengkap.

6. Membantu pesakit untuk menggunakan perkhidmatan e-MASS, jika perlu.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 

Noor Fauzana Binti Tasnir

Penolong Pengarah

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Johor

10-02 Tingkat 10,

Menara MSC Cyberport 5,

Jalan Bukit Meldrum,

80300 Johor Bahru, Johor.

 

No. Tel    : 07-2272800  samb. 130      

No. Faks: 07- 2236146 

Email      : noorfauzana@moh.gov.my

 

Klik di bawah untuk muat turun borang berkaitan:

Borang Perubatan 1/09

Lampiran A 


See also