PORTAL RASMI HOSPITAL KOTA TINGGI


UNIT REKOD PERUBATAN

HOSPITAL KOTA TINGGI


       LOKASI

  • Unit Rekod Perubatan, Hospital Kota Tinggi terletak di tengah tengah tapak hospital iaitu berhadapan dengan Bangunan 4 Tingkat ( Wad Obsetrik , Wad Pediatrik dan wad kelas 2 lelaki & perempuan ).

       OBJEKTIF

  • Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab menyelaras semua urusan berkaitan dengan rekod perubatan dan menyelaras permohonan laporan perubatan , Lembaga Perubatan dan juga penyediaan statistik rawatan perubatan (HMIS).

       SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyimpan rekod rekod perubatan :

    – BHT

    – Kad Rawatan Pesakit Luar (Unit Kecemasan dan Trauma)

  • Menerima dan memproses permohonan laporan perubatan
  • Mengumpul data data ( reten ) dan menyediakan Laporan statistik HMIS
  • Menerima borang notifikasi penyakit berjangkit dan memasukkan data ke dalam sistem enotis (Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran)
  • Melupuskan rekod rekod perubatan yang telah tamat tempoh simpanan selaras dengan peraturan peraturan yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia
  • Unit rekod perubatan bertindak sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Rekod Perubatan , Hospital Kota Tinggi.
  • Unit rekod perubatan beroperasi mengikut waktu pejabat dan panggilan kecemasan boleh dibuat mengikut aturan Jadual on call untuk semua staff unit rekod apabil diperlukan.