Hospital Pontian Wargakerja Hospital Mesra Ibadah

Hospital Mesra Ibadah


Program ini perlu diwujudkan selaras dengan penerimaan dan perhatian terhadap perkhidmatan penjagaan spiritual yang semakin meningkat.Pesakit perlu dirawat secara holistik dengan mengambil kira kepercayaannya, bukan sahaja untuk membantu mereka memahami penyakit berkaitan tetapi juga bertujuan terapeutik dan penyembuhan. Ini perlu untuk  semua anggota kesihatan, pesakit, waris dan sukarelawan.Firman Allah : “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.( Al Taghabun :16).

      HMI ini telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Hospital Universiti Sains Malaysia dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr.Noorhisham Abdullah pada April 2014.Kini telah dapat diterapkan sebanyak 146 buah hospital kerajaan  di Malaysia. HMI ini telah dilancarkan pada 21hb Ogos 2010 di peringkat JKNJ bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor.Antara saranan atau aktiviti di bawah Unit Hal Ehwal Islam atau ahlijawatankuasa HMI adalah seperti menyediakan peralatan ibadah untuk memudahkan pesakit boleh meneruskan ibadat di wad dengan penambahbaikan arah kiblat,botol ‘spray” unyuk wudhu,debu tayamum,bahan bacaan berbentuk Islam, surau dan bilik – bilik musholah lelaki atau wanita.

Antara elemen – elemen penting yang perlu ada pada HMI:-

1.Pengamal Perubatan- semua Pegawai Perubatan dan anggota paramedik muslim

      Pentadbiran  dan Pengamal Perubatan adalah asas terpenting dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada HMI.Tindakan ini  dimantapkan atau diharmonikan melalui aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada peringkat organisasi sehinggalah kepada pesakit. Faktor ini perlu difokuskan kepada perubahan yang dilakukan ke atas setiap lapisan pekerja muslim. Ia dilakukan secara menyeluruh dengan unsur – unsur keimanan, amalan, pemikiran dan keikhlasan hati setiap pekerja .

1.1.Khusus Jururawat Muslim

Merupakan petugas hospital yang paling ramai dan berinteraksi 24 jam dengan pesakit. Mereka lebih kerap melaksankan prosedur kepada pesakit. Penjagaan kejururawatan  secara holistik (fizikal,psikologi,mental dan spiritual) dengan menerapkan nilai – nilai murni atau prinsip Islam dalam profesyen asas kejururawatan .Contohnya semasa situasi pesakit muslim nazak – membantu bersama waris (sekiranya ada) sentiasa ingatkan kalimah syahadah atau memperdengarkan bacaaan al Quran melalui aplikasi talipon bimbit.

2.Kursus dan Latihan

      Latihan yang berterusan oleh pengamal perubatan muslim seperti   konvesyen atau seminar dan kursus peringkat kebangsaan,negeri atau komuniti samaada dalaman dan luaran yang meletakkan pengisisan rohani atau spiritual  sebagai teras utama.

3.Persekitaran

     Menekankan amalan – amalan yang perlu dijadikan rutin seperti salam,selawat,doa,ceramah,tazkirah,poster,risalah dan jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit melakukan  ibadah. Suasana mesra ibadah dengan kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran,bauan aromaterapi hiasan dan postr serta troli alatan ketersediaan Al Quran,kitab – kitab doa dan hadith .

4.Perkakasan untuk membantu pesakit

   Troli mudah alih  dan Kit solat- alatan wudhu ,pek tayamum,kain telekung serta alat bantuan yang kreatif yang boleh membantu pesakit beribadah telah dapat disediakan  dengan mencukupi dan berfungsi dengan sangat baik.

5.Hak Pesakit  dan persendirian.

Kemudahan ini termasuklah mewujudkan Jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal HMI.

    Kemudahan seperti khidmat kaunseling bersama komuniti kerjasama Pejabat Agama Islam daerah juga disediakan seperti pengurusan jenazah dan audit berkaitan dalam fungsi institusi perubatan seperti prosedur atau kebebasan memilih rawatan.

Artikel Berkaitan