Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu Ketua Jabatan/
Penyelia dan Urus Setia dalam mengambil tindakan awal bagi mengurus dan
melaporkan kes tatatertib atas kesalahan tidak hadir bertugas (THB) pegawai
awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini juga boleh membantu
Ketua Jabatan/Penyelia dan Urus Setia untuk menjalankan tugas kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya masalah
ketidakhadiran pegawai sama ada secara berterusan atau berselang-seli dapat diselesaikan atau diputuskan hukumannya dalam tempoh yang ditetapkan.