Piagam Pelanggan

FUNGSI –FUNGSI UTAMA HOSPITAL PONTIAN

  1. Memberi perkhidmatan perubatan dari aspek pengesanan, penentuan penyakit, perawatan, pencegahan dan pemulihan serta rujukan keperingkat kepakaran yang lebih tinggi.
  2. Sebagai sebuah Hospital Rujukan di daerah yang menerima kes-kes rujukan samada dari Pusat Kesihatan, KlinikDesa, Klinik Swasta dan Hospital-hospital Kerajaan dan Swasta serta mewujudkan sistem rujukan dan maklumbalas yang berkesan.
  3. Menyediakan dan memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam sehari.
  4. Menyedia dan memberi perkhidmatan kepada pesakit luar pakar.
  5. Menyedia dan memberi perkhidmatan sokongan klinikal secara langsung dan tidak langsung dengan cekap.
  6. Menyediakan dan memberi perkhidmatan Kejururawatan, Pendidikan Pesakit dan Kaunseling.
  7. Merujuk kes-kes yang perlu mendapat rawatan kepakaran lanjutan dan rehabilitasi dalam keadaan kecemasan bila perlu dan rujukankes-kes bukan kecemasan melalui temujanji.
  8. Membuat kajian-kajian Klinikal dan Non- Klinikal, menggalakan
    Inovasi dan mewujudkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja supaya perkhidmatan yang diberikan menepati Piagam Pelanggan, memenuhi kehendak dan memberikan kepuasan kepada pelanggan ke arah peningkatan kualiti yang berterusan.
  9. Bekerjasama dan menjalin hubungan baik dan mesra dengan semua Jabatan-
    jabatan / Agensi-agensi Kerajaan, Badan – badan Berkanun, Pihak Swasta, Pemimpin – pemimpin Masyarakat khasnya dan masyarakat amnya di peringkat daerah dalam aspek promosi, preventif, kuratif dan rehabilitasi dalam sistem jagaan kesihatan yang menyeluruh.