Unit Khidmat Pengurusan

Cetak

PENGENALAN JABATAN

Unit Khidmat Pengurusan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan bertempat di Pejabat Pengarah, Aras 1 Bangunan Poliklinik.
Unit Khidmat Pengurusan berperanan dalam menguruskan segala urusan pentadbiran pejabat termasuk menguruskan urusan kenderaan Jabatan dan hal ehwal Islam. Unit Khidmat Pengurusan dianggotai oleh seramai 22 orang.

Unit Khidmat Pengurusan diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M44 dan terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran Am (diselia oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N32), Seksyen Pengurusan Korporat & Pengangkutan (diselia oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N36) serta Seksyen Hal Ehwal Islam (diselia oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S32)

VISI, MISI & OBJEKTIF

 VISI

Menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

 

  MISI

Peneraju tadbir urus yang cekap serta berkualiti melalui khidmat pengurusan & khidmat protokol di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

    

OBJEKTIF

  1Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan Unit Khidmat Pengurusan.

2. Merancang, mengurus dan melaksana program utama Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan khidmat nasihat protokol.

3. Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

4. Melahirkan pentadbiran yang cekap, berkesan serta menyediakan perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

 

 

CARTA ORGANISASI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

 

 

 

PERKHIDMATAN

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

  • Pengurusan Surat-Menyurat Pengarah Hospital
  • Pengurusan Kaunter Pejabat Pengarah
  • Pengurusan Perumahan Kerajaan / Kuarters Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
  • Pengurusan Asrama Pegawai Perubatan Latihan Siswazah 
  • Pengurusan Asrama Jururawat 
  • Pengurusan Kad Pengenalan Jabatan
  • Pengurusan Tempat Letak Kereta Awam Dan Anggota Merangkumi Perkhidmatan Penyewaan Tempat Letak Kereta, Permohonan Pas Bermusim Kakitangan, Permohonan Pelekat Kenderaan Serta Permohonan Tempat Letak Kereta Khas 
  • Pengurusan Pengesahan Majikan Bagi Permohonan Pinjaman Peribadi Oleh Anggota HSAJB
  • Pengurusan Majlis-Majlis Rasmi, Program-Program Atau Acara-Acara Rasmi Serta Perhimpunan Bulanan
  • Pengurusan Permohonan Bantuan Pembelian Alat Komunikasi Dan Tuntutan Caj Panggilan Bulanan Untuk Ketua Jabatan Dan Pakar
  • Pengurusan Sistem Kad Perakam Waktu Termasuk Pengumpulan Laporan Kad Perakam Waktu Anggota
  • Pengurusan Permohonan Penyewaan Tanah Persekutuan / Ruang Bangunan 
  • Pengurusan Dewan Mesyuarat (Dewan Melor, Dewan Melati dan Dewan Kenanga) Dan Foyer 2
  • Pengurusan Tempahan Perkhidmatan Makan Minum Untuk Mesyuarat / Majlis / Program Dan Lain-Lain
  • Pengurusan Perkhidmatan Penyewaan Mesin Fotostat dan Mesin Risoh
  • Pengurusan Ahli Lembaga Pelawat Hospital, HSAJB Dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri, HSAJB
  • Pengurusan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI)
  • Pengurusan Sewaan Dan Aduan Premis Demis
  • Pengurusan Anjung Kasih
  • Pengurusan Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  • Pengurusan Pengesahan Sijil Cuti Sakit (MC)
  • Pemantauan Serta Pengedaran Pekeliling-Pekeliling, Garis Panduan Dan Lain-Lain
  • Edaran Ganti Tugas Ketua Jabatan
  • Pengurusan Dokumen-Dokumen Terperingkat Seperti Mendaftar, Menyusun Atau Melupuskan Fail-Fail Unit Khidmat Pengurusan
  • Pengurusan Pencalonan Bagi Pingat Kebesaran
  • Pengurusan Permohonan Tambang Haji Percuma Kerajaan Negeri Johor Dan Rombongan Perubatan Petugas Haji

SEKSYEN HAL EHWAL ISLAM

  • Merancang Dan Melaksanakan Program Dengan Kerjasama Agensi Luar
  • Pengurusan Pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah (HMI)
  • Menyelia Pengurusan Fatwa Dan Hukum Syarak Berkaitan Fiqh Perubatan Serta Farmaseutikal Halal Sedia Ada
  • Pengurusan Permasalahan Berkaitan Isu-Isu Perubatan Kontemporari

SEKSYEN PENGANGKUTAN

  • Pengurusan Kenderaan Jabatan
  • Pengurusan Kereta Rasmi Jawatan (KRJ)

 

DIREKTORI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

   

 

NAMA

JAWATAN

Seksyen

NO. SAMBUNGAN

EMEL

TIMBALAN PENGARAH HOSPITAL (PENGURUSAN)

PRAMILA A/P JEYARAMACHANDRAM

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, M54

 

2803

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

A.1

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

W NUR FATIHAH BINTI W HASSAN

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, M44

KETUA UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

2754

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOSONG

PENOLONG PEGAWAI TADBIR, N36

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2901

 

KOSONG

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

HAL EHWAL ISLAM

 

 

SITI ROSLINA BINTI WA ALI

PENOLONG PEGAWAI TADBIR, N29

PENTADBIRAN AM

2947

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

JULAIHA BINTI MOHD SHAH

PEMBANTU TADBIR, N19

PENTADBIRAN AM

2906

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NOORFATEEHA BINTI A.MAJID

PEMBANTU TADBIR, N19

PENTADBIRAN AM

2805

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SHARIDATUL AKMAR BINTI MASPOR

PEMBANTU TADBIR, N19

PENTADBIRAN AM

2805

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ABDULLAH ARIFF BIN ROSLAN

PEMBANTU TADBIR, N19

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2706

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ABDUL RAHMAN BIN MOHD

PEMBANTU TADBIR, N19

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2706

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SITI SAFEKA BINTI BUANG

PEMBANTU TADBIR, N19

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2706

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ZURAIDAH BINTI ZULKAFLI

PENYELIA ASRAMA, N22 (KUP)

GURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

5029

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MOHAMMAD NIZAMUDDIN BIN YA’COB PENYELIA ASRAMA, N19 PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN 5029

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

NORHASLINDA BINTI ABD RAHIM

PEMBANTU OPERASI, N14

PENTADBIRAN AM

2753

 

NOOR SYAFIQAH BINTI AZMAN

PEMBANTU OPERASI, N11

PENTADBIRAN AM

2805

 

MOHD QHAIRUL BIN YUSOF

PEMBANTU OPERASI, N11

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2753

 

BAJURI BIN SARKAM

PEMANDU, H14

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2606

 

SWEE SOON FONG

PEMANDU, H14

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2606

 

AZNIZAN BIN KAYEN

PEMANDU, H11

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2606

 

AIZUDDIN BIN KAMDANI

PEMANDU, H11

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2606

 

SYAZWAN AKMAL BIN SHUHAIMI

PEMANDU, H11

PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN

2606

 

SAIFUL AZHAN BIN SALLEH

PEMANDU, H11 PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN 2606  

ZIA HANIF BIN HARON

PEMANDU, H11 PENGURUSAN KORPORAT & PENGANGKUTAN 2606  

 

PIAGAM PELANGGAN

 

PIAGAM PELANGGAN

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

  

 

  Kami berjanji menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap dan berkesan bagi urusan-urusan berikut :-
   
  1. Permohonan Kad Pengenalan Jabatan Bagi Kakitangan
      Memastikan kad pengenalan jabatan bagi permohonan baru  / kad hilang / kad rosak atau usang & bertukar gred atau naik pangkat diselesaikan dalam masa tiga (3)hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
   2. Permohonan Tempahan Dewan Serbaguna / Gelanggang Pangsapuri Sri Murni 2 (PSM 2), HSAJB 
      a. Penghuni Kuarters PSM 2
        i. Kelulusan dalam masa satu (1) hari bekerja bagi permohonan yang diterima sebelum jam 1.00 tengah hari.
      bOrang Awam / Kakitangan HSAJB (Selain Penghuni Kuarters PSM 2)
        i. Kelulusan dalam masa lima (5) hari bekerja.
  3. Keputusan Permohonan Rumah Kerajaan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru  
      Memastikan surat pemakluman keputusan permohonan Rumah Kerajaan sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perumahan HSAJB diedarkan dalam tempoh masa berikut setelah mesyuarat diadakan iaitu :-
        a. Permohonan Tidak Berjaya – Tiga (3) hari bekerja
        b. Permohonan Berjaya – Lima (5) hari bekerja
  4. Permohonan Asrama Pegawai Perubatan Latihan Siswazah  
      Memastikan permohonan diproses dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.
  5.  Permohonan Asrama Jururawat  
      Memastikan permohonan diproses dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.
  6. Rayuan Bagi Pengecualian / Pengurangan Denda Bagi Pelaksanaan Clamping HSAJB  
      Memastikan borang rayuan diserahkan kepada Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital serta-merta sebaik sahaja permohonan diterima di Kaunter Unit Khidmat Pengurusan.
  7. Tempahan Dewan Mesyuarat / Foyer 2
      Memastikan permohonan diproses dalam masa satu (1) hari bekerja bagi permohonan yang diterima sebelum jam 1.00 tengah hari dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon pada hari yang sama keputusan diterima.
  8. Permohonan Tempahan Makanan / Minuman Bagi Tujuan Rasmi Kerajaan
      Memastikan permohonan diproses dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima sebelum jam 1.00 tengah hari dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon pada hari yang sama keputusan diterima.
  9. Memproses Terimaan Surat Rasmi Yang Diterima Oleh Unit Khidmat Pengurusan
      a. Memastikan surat luaran dan dalaman yang diterima dalam bentuk pos atau kurier direkod dan didaftarkan pada hari yang sama daripada tarikh penerimaan surat (bagi surat yang diterima sebelum jam 4.30 petang) sebelum dikemukakan kepada Pengarah Hospital / Timbalan Pengarah Hospital.
      b.  Memastikan surat biasa yang diminitkan oleh Pengarah Hospital / Timbalan Pengarah Hospital direkodkan dan diedarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja kepada pegawai, manakala bagi surat segera diedarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  10. Memproses Edaran Surat Keluar Jabatan Melalui Pos  
       a. Menjalankan proses franking untuk pos biasa dan pos berdaftar sebelum menghantar surat ke Pejabat Pos pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
       b. Menyiapkan proses pengisian borang pendaftaran secara pos laju sebelum jam 11.00 pagi pada setiap hari (bagi surat / parcel yang diterima sebelum jam 11.00 pagi).
  11. Pengedaran Memo Edaran Dalaman Hospital/ Jabatan/ Unit/ Wad  
       Memastikan memo edaran diedarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja. 
  12. Permohonan Penggunaan Kenderaan Jabatan  
      Memastikan permohonan diproses dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dan keputusan dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon.
  13. Permohonan Pelekat Kenderaan Bagi Kakitangan HSAJB  
      Memastikan permohonan pelekat kenderaan baharu / hilang / rosak disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  14. Permohonan Kali Pertama Bagi Kad Akses Bermusim Matrix Parking Solution Sdn. Bhd (MPSSB)
      Memastikan Borang Permohonan Kad Akses Bermusim MPSSB yang lengkap diterima pada hari Ahad hingga Rabu akan dihantar kepada MPSSB pada hari pertama bekerja minggu berikutnya, manakala Borang Permohonan  Kad Akses Bermusim MPSSB yang lengkap diterima pada hari Khamis akan dikumpul untuk penghantaran seterusnya.
  15. Permohonan Pinjaman Peribadi
      Memastikan urusan pengiraan dan pengeluaran surat pengesahan jawatan bagi permohonan pinjaman peribadi disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  16. Permohonan Tuntutan Bantuan Pembelian Alat Komunikasi Mudah Alih Dan Tuntutan Caj Panggilan Bulanan
      Memproses permohonan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dan mengemukakan ke Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk kelulusan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon  dalam tempoh satu (1) bekerja dari tarikh penerimaan surat   kelulusan.
   17. Pengurusan Aduan
      Membuat siasatan / pemantauan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan mengambil tindakan penambahbaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah aduan dikenalpasti.
   18. Pengesahan Sijil Cuti Sakit
      Memastikan permohonan bagi pengesahan Sijil Cuti Sakit dibuat semakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima dan mengemukakan maklumbalas kepada pemohon.