PENGENALAN
PENGENALAN
Unit Sumber Manusia, Latihan dan Kaunseling merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan bertempat di Pejabat Pengarah, Aras 1 Bangunan Poliklinik. Unit ini terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut:
- Seksyen Perkhidmatan
- Seksyen Integriti dan Tatatertib
- Seksyen Psikologi Kaunseling
- Seksyen HRMIS dan Perjawatan
- Seksyen Latihan
- Seksyen Pentadbiran
Unit ini diketuai oleh seorang (1) Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48 yang dibantu oleh seorang (1) Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48 (KUP), seorang (1) Pegawai Kaunseling S41, dua (2) orang Penolong Pegawai Tadbir N32/N29, dua (2) orang Pembantu Tadbir Kanan N26 dan dua puluh dua (22) Pembantu Tadbir N22 (KUP/TBK)/N19 serta tiga (3) orang Pembantu Operasi. Jumlah keseluruhan kakitangan Unit Sumber Manusia adalah 32 Orang.
Unit ini berperanan dalam menguruskan rekod perkhidmatan kakitangan, integriti, prestasi, kaunseling, perjawatan dan menyelaraskan hal-hal berkaitan latihan serta tugas-tugas pentadbiran am yang lain. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan) untuk melaksanakan semua perkara yang diarahkan oleh pengurusan atasan dari masa ke semasa.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti, informatif dan produktif
MISI
Mencorak struktur organisasi yang teratur dan memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum, berhemah, berintegriti dan kompeten
OBJEKTIF
Memastikan jabatan mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan struktur organisasi yang teratur bagi mencapai perkhidmatan perubatan yang efektif dan efisien.
DIREKTORI
DIREKTORI (NAMA, JAWATAN, GRED, SEKSYEN / UNIT, NO SAMBUNGAN & E-MEL)
|
SENARAI NAMA DAN EMAIL UNTUK GROUP UNIT SUMBER MANUSIA DAN LATIHAN
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
GRED |
|
1 |
ENNY SUHAILIS BINTI SULEIMAN |
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK |
M48 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2 |
HAZLINDA BINTI ZAINOL |
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK |
M44 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3 |
FARIDAH BINTI MUHAMAD KUTY |
PENOLONG PEGAWAI TADBIR |
N29 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
4 |
NORHASHIMAH BINTI MAHMOOD |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERAS) |
N26 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
5 |
ZULIANA BINTI AB RAHMAN |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERAS) |
N26 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
6 |
NORHASNIDA BINTI MOHAMED AMIN |
PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN |
N32 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
7 |
MUNAH BINTI MAHPUL |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERAS) |
N26 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. SEKSYEN PSIKOLOGI KAUNSELING
Perkhidmatan psikologi kaunseling di Seksyen Psikologi Kaunseling, Unit Sumber Manusia ditawarkan kepada warga kerja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu :
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
- Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
2. SEKSYEN PERKHIDMATAN
- Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai seperti pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, penempatan pegawai, rekod cuti dan Buku Perkhidmatan, urusan elaun, saraan dan kemudahan perubatan, permohonan ke luar negara dan kenaikan pangkat, persaraan dan sebagainya.
3. SEKSYEN INTEGRITI DAN TATATERTIB
- Melaksanakan fungsi sebagai urus setia Lembaga Tatatertib No.2 Hospital Sultanah Aminah berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib
- Melaksanakan fungsi sebagai pelapor kepada urusetia Lembaga Tatatertib No.1 Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
- Melaksanakan pemantauan integriti pegawai melalui taklimat, kursus dan laporan / aduan.
4. SEKSYEN HRMIS DAN PERJAWATAN
- Menguruskan hal-hal berkaitan perjawatan seperti permohonan jawatan (baru/ tambah/ naik taraf/ pinda atau mansuh) dan urusan penstrukturan/ pengukuhan semula organisasi.
- Menyelaras urusan aktiviti pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di peringkat Kementerian dan agensi.
- Menguruskan perkara-perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai seperti MyPerformance / SKU dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)/Exit Policy
5. SEKSYEN LATIHAN
- Menyediakan perancangan dan mengendalikan program latihan dalaman dan luaran.
- Menguruskan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan & Post Basik daripada pegawai
- Menguruskan peruntukan dan pembangunan latihan
- Menguruskan penempatan latihan Elektif/Klinikal/Industri bagi pelajar / pelatih dari PPT dalam dan luar negara di Fasiliti KKM dan Latihan Sangkut bagi kakitangan perubatan.
6.SEKSYEN PENTADBIRAN
- Menguruskan rekod kehadiran dan cuti di unit
- Menyelaras pengurusan fail-fail unit
- Menguruskan stok, aset dan pelupusan rekod unit
- Menguruskan surat-menyurat unit
WAKTU OPERASI
- Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
- Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
- Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup
PIAGAM PELANGGAN
1. Pematuhan Dasar, Peraturan dan Pekeliling
Memastikan pengurusan sumber manusia dilaksanakan mengikut dasar-dasar, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling sedia ada dengan teratur, cekap dan berkesan.
2. Rekod perkhidmatan yang tepat dan teratur
Memastikan buku rekod perkhidmatan pegawai dan fail peribadi pegawai direkod, disimpan dan diselenggara dengan lengkap, tepat, kemas dan teratur.
3. Semakan perkhidmatan berkala
Memastikan peluang semakan data perkhidmatan pegawai dapat diberikan secara berkala sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
4. Memudahcara penggunaan dan pengurusan data HRMIS
Memastikan Sistem HRMIS digunapakai sepenuhnya oleh pegawai dengan memberikan ruang bantuan / konsultasi penggunaan sistem.
5. Mempromosikan maklumat berhubung dasar dan peraturan yang berkait dengan salahlaku penjawat awam.
6. Menggalakkan latihan dalam jabatan dan memastikan pencapaian bilangan hari berkursus mencapai keperluan latihan tahunan yang telah ditetapkan.
7. Menyediakan dan memberikan perkhidmatan kaunseling secara profesional mengikut Etika dan Piawaian Amalan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.