Unit Teknologi Maklumat

Cetak

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2004 melalui  Waran Perjawatan Bil. 3.2 But 105(a) Baru bertarikh Jun 2004. Pada awal penubuhan Unit ini hanya dianggotai oleh tiga (3) orang kakitangan iaitu Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F44 dan dua (2) orang Juruteknik Komputer Gred FT17.  Pada tahun 2005, perjawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F32 telah diluluskan dengan pengisian pada Mac 2005 manakala satu lagi perjawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F32 telah diluluskan pada tahun 2006 dengan pengisian pada Mei 2006.

Pada tahun 2007 dan 2008, sebanyak dua (2) jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 telah diluluskan. Perjawatan bagi gred F44 telah diisi sepenuhnya pada September 2008 dan Januari 2009.

Sekarang Unit Teknologi Maklumat telah mempunyai kekuatan seramai 10 orang iaitu empat (4) orang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44, dua (2) orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32, tiga (3) orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29/FA32 dan satu (1) orang Juruteknik Komputer Gred FT22.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Berusaha ke arah perlaksanaan teknologi maklumat  yang cemerlang menerusi penggunaan teknologi yang pantas dan terkini.

 

MISI

Memastikan dan menyelaras penggunaan teknologi maklumat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sebagai salah satu usaha untuk pemodenan perkhidmatan HSAJB.

 

OBJEKTIF

  • Merancang dan melaksanakan program perkhidmatan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan kepada Jabatan mengikut Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan Malaysia.
  • Merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan dan perlaksanaan teknologi maklumat  di peringkat Jabatan 

CARTA ORGANISASI


 

DIREKTORI

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN GRED SEKSYEN/UNIT NO SAMB EMEL
1 MOHD FIRDAUS BIN MOHD SHAH PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F10 KETUA UNIT

3808

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 HJH. AIDA SUZANA BINTI SUKIAM PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F10 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN ICT DAN APLIKASI

2808

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 FAIRUS BIN MD YUNOS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F10 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL 3446 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 USHANANTHINY A/P SUVELAYUTNAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F10 SEKSYEN PEMBANGUNAN STRATEGIK 2808 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 SUZZYHERIN HAMIZA BINTI SHAHDAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA7 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN DAN APLIKASI 3446 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 AKMALILEY BINTI ABDULLAH PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN DAN APLIKASI 2367 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 MUZAZILA BINTI MUSTARI PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL 3446 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 NURSYABIHAN BINTI KAMIS PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA6 SEKSYEN PEMBANGUNAN STRATEGIK 2367 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
9 MOHD RAMZUL ADLI BIN DALI PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL 3446 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 MUHAMMAD NAZHAN AKMAL BIN DZULKIFLI JURUTEKNIK KOMPUTER  FT1 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL 2338 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
11  NUR ARINA BINTI ABDUL HALIM PEMBANTU TADBIR (P/O) N1   3446 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A.SEKSYEN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN APLIKASI

  • Mengawal peruntukan dan perbelanjaan serta menguruskan perolehan
  • Nasihat teknikal / operasi / sistem bagi pembangunan baharu / jabatan lain
  • Audit Dasar dan Pematuhan ICT
  • Pematuhan SLA (Service Level Agreement)
  • Urusan Penerimaan Aset Baharu / Penempatan Aset / Pemeriksaan Aset / Pelupusan
  • Menganjurkan Latihan ICT
  • Membantu pengguna dalam menyalurkan maklumat dengan berkesan
  • Menguruskan perkhidmatan e-mel MyGovuc
  • Menyelenggara aplikasi yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta daripada kementerian lain
  • Memastikan aplikasi beroperasi dan dapat digunakan tanpa sebarang masalah
  • Menyediakan backup harian / bulanan berjalan dengan lancar
  • Menyediakan akaun pengguna bagi capaian sistem
  • Menyediakan latihan kepada pengguna
  • Menyediakan manual pengguna setiap pembangunan sistem baharu

 B. SEKSYEN PEMBANGUNAN STRATEGIK

  • Membangunkan dan menyelenggara laman sesawang
  • Menerima permohonan daripada pengguna untuk pembangunan aplikasi dan mengkaji kesesuaian terhadap organisasi
  • Menerima serta mengkaji permohonan penambahbaikan sistem dalaman

 C. SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL

  • Penyelenggaraan Pencegahan (Inhouse/Outsource)
  • Penyelenggaraan Pembaikan (Inhouse/Outsource)
  • Nasihat Teknikal
  • Antivirus
  • Pengurusan Meja Bantuan
  • Kawalan Stok-Stok Alat Ganti
  • Pembangunan dan Penyediaan Rangkaian Baharu
  • Memantau Konfigurasi Rangkaian Baharu
  • Pembaikan masalah Rangkaian
  • Pengurusan Pusat Data 

 

WAKTU OPERASI

Ahad - Rabu : 8.00 AM - 5.00 PM

Khamis : 8.00 AM - 3.30 PM

Jumaat, Sabtu, Cuti Umum : Tutup

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan pencapaian sistem aplikasi yang digunakan di hospital mencapai ketersediaan 95%.
  2. Memastikan keselamatan sistem aplikasi, rangkaian dan data sentiasa terjamin.
  3. Memastikan laman sesawang rasmi HSAJB sentiasa dikemaskini dan boleh dicapai sepanjang masa.
  4. Memastikan akaun-akaun pengguna diwujudkan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja selepas permohonan diterima.
  5. Menyelesaikan aduan pengguna berdasarkan SLA yang telah ditetapkan:

              a) Severity 1 : enam (6) jam

              b) Severity 2 : tiga (3) hari

              c) Severity 3 : tujuh (7) hari