Jabatan Anestesiologi

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi kini telah dikenali sebagai Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal mengikut kepada senarai bidang kepakaran di bawah program perubatan dalam Bahasa Inggeris (Anaesthesiology & Critical Care) dan Bahasa Melayu (Anestesiologi & Rawatan Kritikal) yang disenaraikan dalam Daftar Pakar Majlis Perubatan Malaysia.

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal merupakan di antara jabatan yang terpenting di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga merupakan Pusat Rujukan Rawatan Kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal menyediakan perkhidmatan klinikal seperti Perkhidmatan Perioperatif Anestesia, Perkhidmatan Pengurusan Kesakitan, Perkhidmatan Subkepakaran Anestesia, Unit Rawatan Kritikal (ICU), dan Respiratory and Haemodynamic Unit (RHU).

VISI, MISI, & OBJEKTIF

VISI

  • Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal, HSAJB akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.

MISI

  • B.Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal HSAJB akan memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisma dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan. 

OBJEKTIF

  • Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal, HSAJB akan memberikan memastikan setiap pesakit yang menjalani prosedur / pembedahan diberi anestesia (pembiusan) dengan selamat, berkesan dan profesional serta menyediakan perkhidmatan rawatan kritikal kepada pesakit-pesakit tenat dan mengutamakan kerja berpasukan bersama jabatan lain untuk mencapai yang terbaik dalam perawatan pesakit.

CARTA ORGANISASI


DIREKTORI

Pejabat Pentadbiran Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal

Nombor sambungan : 3409

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Unit Acute Pain Service (APS)

Nombor sambungan : 2151

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Peri Anaesthesia Klinik (S1/S2)

Nombor sambungan : 2317

 

Unit Dewan Bedah (OT)

Nombor sambungan : 2114

 

Unit Rawatan Kritikal (ICU)

Nombor sambungan : 3237

PERKHIDMATAN

A. Perkhidmatan Perioperatif Anestesia

  • Klinik Anestesia
  • Anestesia dalam Dewan Bedah
  • Anestesia di luar Dewan Bedah

B. Perkhidmatan Pengurusan Kesakitan

  • Kesakitan Akut
  • Kesakitan Kronik
  • ‘Analgesia’ Obstetrik

C. Perkhidmatan Subkepakaran Anestesia

  • Kardiotorasik Anestesia dan Perfusi (KAP)

D. Unit Rawatan Kritikal (ICU)

E. Respiratory and Haemodynamic Unit (RHU)

WAKTU OPERASI

A. DEWAN BEDAH ELEKTIF

  • Ahad - Khamis: 8.00 pagi – 8.00 malam
  • Sabtu : 8.00 pagi - 1.00 petang
  • Jumaat dan Cuti Umum : Tutup

B .DEWAN BEDAH KECEMASAN

  • Setiap hari: 24 Jam

C. UNIT RAWATAN KRITIKAL (ICU)

  • Setiap hari: 24 Jam

D. KLINIK S1/S2

  • Ahad - Khamis: 8.00 pagi – 4.00 petang
  • Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum : Tutup 

E. PEJABAT PENTADBIRAN

  • Ahad-Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi perkhidmatan pembiusan dan perawatan yang cekap dan tepat kepada setiap pelanggan mengikut keutamaan penyakit dengan layanan yang mesra.
  • Menerima kes-kes rujukan yang dirujuk mengikut garis panduan dan KPI yang telah ditetapkan.
  • Pesakit-pesakit akan dirawat berdasarkan tahap kritikal dengan segera oleh semua pegawai dan kakitangan anestesiologi yang bertugas.
  • Semua kes rujukan segera yang diterima dari luar hospital ke Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal perlu dirujuk kepada pegawai perubatan dan penilaian di Jabatan Kecemasan HSAJB.
  • Laporan perubatan dan laporan perubatan pakar oleh pegawai perubatan pakar mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan kes.
  • Keperibadian dan kerahsiaan pesakit adalah tanggungjawab kami. Sebarang aduan / penghargaan akan dinilai mengikut saluran yang betul dan maklum balas segera akan dikeluarkan setelah hasil siasatan dibuat.