JABATAN DERMATOLOGI

Cetak

 

PENGENALAN

Jabatan Dermatologi memulakan perkhidmatannya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada tahun 1967 bertempat di bangunan kuarters lama yang terletak di tempat parkir awam berhadapan dengan Wad PP1 sekarang, dengan lima (5) anggota termasuk Ketua Jabatan, Dr K Rajagopalan. Pada ketika itu, perkhidmatan di Jabatan Dermatologi bertumpukan kepada rawatan kusta di Hospital Kusta Tampoi, penyakit kelamin dan rawatan kes-kes penyakit kulit yang dirujuk. 

 

Pada tahun 1988, di bawah kepimpinan Ketua Jabatan Dr Low Seang Gip, perkhidmatan di Jabatan Dermatologi diperluaskan dengan lawatan pakar ke daerah Muar dan Batu Pahat secara penggiliran mengikut bulan (alternate month). Dalam tahun 1991 daerah Pontian juga dilawat. Pada akhir tahun 1991 Jabatan Dermatologi berpindah ke Tingkat 3, Bangunan Poliklinik. 

 

Pada tahun 1992, dengan lantikan Dr Choon Siew Eng sebagai Ketua Jabatan, bermulalah era baharu bagi Jabatan Dermatologi HSAJB. Perkhidmatan di Jabatan Dermatologi diperluaskan dengan menawarkan perkhidmatan rawatan khas seperti pembedahan kecil menggunakan radiosurgeri, alergi kontak dengan menjalani ujian tampalan (patch testing), iontoforesis dan fototerapi di samping rawatan kusta, penyakit kelamin dan penyakit kulit. Beban kerja pada masa itu adalah 8,000 pesakit setahun dan tiada sistem janji temu. Perkhidmatan Hospital Kusta telah dihentikan pada tahun 1990 namun masih terdapat penghuni di tapak kusta. Lawatan pakar ke daerah diperkukuhkan dengan lawatan ke Pontian, Mersing, Kluang dan Muar. Sejak November 2004 Sistem Teleprimary Care, sistem pengendalian rekod pesakit secara elektronik dilancarkan dan bermulalah sistem janji temu dengan rujukan yang dapat mengawal kehadiran klinik dengan lebih teratur. 

 

Dengan perkembangan Negeri Johor yang pesat dan pembinaan beberapa hospital daerah yang baharu, lawatan pakar dikurangkan tetapi lawatan ke Hospital Kluang masih diteruskan. Sejak 2020 lawatan tersebut tergendala berikutan COVID-19 tetapi telah dimulakan kembali sejak 26 Mei 2022. Beban kerja jabatan ini mencecah 28,073 pesakit pada tahun 2023. 

 

SEJARAH SENARAI KETUA JABATAN DERMATOLOGI 

Pertama         1967 - 1971         Dr. K Rajagopalan

Kedua            1974 - 1980         Dr. T Ganesapillai

Ketiga            1980 - 1988         Dr. Kader Bin Mohammad

Keempat        1988 - 1991         Dr. Low Seang Gip

Kelima           1991 - 1992         Dr. Wong Leun Heng

Keenam         1992 - 2017        Dr. Choon Siew Eng

Ketujuh          2017 - 2022        Dr. Tey Kwee Eng 

Kelapan         2022 - 2024        Dr. Wong Kit Wan

Kesembilan   2024 – 2026        Dr. Tay Mei Ee

 

Sejarah Senarai Ketua Jabatan Dermatologi Dari Permulaan Sehingga Kini

Pertama

1967 – 1971

Dr. K Rajagopalan

Kedua

1974 – 1980

Dr. T Ganesapillai

Ketiga

1980 – 1988

Dr. Kader Bin Mohammad

Keempat

1988 – 1991

Dr. Low Seang Gip

Kelima

1991 – 1992

Dr. Wong Leun Heng

Keenam

1992 – 2017

Dr. Choon Siew Eng

Ketujuh

2017 – 2022

Dr. Tey Kwee Eng

Kelapan

2022 -

Dr. Wong Kit Wan

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Sebagai pusat yang unggul yang menyediakan perkhidmatan rawatan Dermatologi yang bertaraf dunia dan berkualiti tinggi untuk rakyat Johor mencapai taraf kesihatan yang cemerlang  

 

MISI

Berusaha memberi perkhidmatan yang unggul dengan kemahiran professionalisma yang berpengetahuan tinggi dan produktif di samping berganding bahu dengan rakyat Johor, untuk penambahbaikan kesihatan kulit, melalui pendidikan promosi kesihatan, pencegahan penyakit kulit, rawatan yang unggul dan rehabilisasi untuk mencapai taraf kesihatan yang cemerlang.

     

OBJEKTIF 

MATLAMAT AM

  1. Memberi perkhidmatan yang menyeluruh bagi penyakit kulit, penyakit kelamin dan penyakit kusta untuk merendahkan insiden, prevelen dari segi fizikal, sosial dan kosmetik, morbiditi dan mortaliti dan juga untuk memperbaiki tahap kesihatan dan menaikkan produktiviti negara.
  2. Meningkatkan penglibatan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan kesihatan dan kaunseling serta menanamkan tingkah laku positif supaya meningkatkan amalan kesihatan kulit dan seksual peribadi.
  3. Melatih dan meningkatkan taraf pengetahuan dan kemahiran pelajar perubatan, paramedik, pegawai perubatan dan pakar klinikal di bidang penyakit kulit, penyakit kelamin dan kusta melalui perkembangan professional yang berterusan.
  4. Menjalankan penyelidikan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
  5. Memastikan kejayaan Program Kawalan Kusta dan Program Kawalan Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Infections). 

 

MATLAMAT SPESIFIK

  1. Menjadi tempat rujukan kepakaran tahap tertiari (tertiary) dalam Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta untuk Negeri Johor.
  2. Memberi perkhidmatan / perundingan kepakaran yang cekap dan berkesan supaya pesakit Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta tidak menanggung kesakitan terlalu lama dari sepatutnya akibat penyakit kulit dan masalah penyakit genitourinari di Negeri Johor.
  3. Membantu dalam pendidikan Dermatologi di tahap pra-siswazah (undergraduate) dan ijazah lanjutan (postgraduate).
  4. Memberi latihan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada pakar perubatan dan pegawai perubatan kerajaan.
  5. Memberi latihan kepada paramedik di bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
  6. Pusat latihan zon selatan untuk pegawai perubatan dalam ijazah lanjutan dalam bidang Dermatologi (Advanced Masters in Dermatology Program)
  7. Membangunkan Telemedicine – “Teledermatology” untuk telekonsultasi dan CME/CPD.

 

CARTA ORGANISASI

 

DIREKTORI

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN GRED NO SAMB
1 DR  TAY MEI EE KETUA JABATAN DERMATOLOGI & PAKAR DERMATOLOGI UD 54

2685

2 DR  WONG KIT WAN PAKAR DERMATOLOGI UD 56

2683

3 DR  LIM YEE TING PAKAR DERMATOLOGI UD 54 2912
4 DR NALINI M NANU PEGAWAI PERUBATAN PENTADBIR UD 54 2622
5 DR GOH WEI SIONG PEGAWAI PERUBATAN UD 54 2683
6 DR RAJA SITI AISHAH BINTI RAJA MOHD RADZI PEGAWAI PERUBATAN UD 54 2683
7 DR  AIN SYAFINAS AISHAH BINTI IZAHARI PEGAWAI PERUBATAN UD 52 2683
8 DR FARIDAH NORHANIM BINTI ABDOL RAHMAN PEGAWAI PERUBATAN UD 48 2685
9 DR SUBASH A/L MURALI DHARAN PEGAWAI PERUBATAN UD 48 2685
10 DR SUNITA KAUR A/P JARNAIL SINGH PEGAWAI PERUBATAN UD 41 2683
11 EN HASNALAZHARE BIN MISKAM KETUA UNIT & PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KUP 32 2622
  EN IZZUDDIN AIZAT BIN A. AZIZ PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U 29 3466
  PN NUR FARAH SYAHIRAH BINTI MOHD RAFIEN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U 29 2683
  EN MUHD AFDAL ARIFF BIN RAMBLI  PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U 29 3466
  PN NORSURYANITA BINTI NOR AHMAD PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N 19 2623
  PN ROHANA BINTI KASSIM PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN KUP 14 2685
  EN MOHD FAIZAL BIN ABD KALIL PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U 11 2683
  PN SITI QURRATU’AINI BINTI ALI AFFANDI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U 11 2683
  EN HELMY BIN HARUN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U 11 2623
  EN JEFFRI BIN JAMIL PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U 11 3466

 

E-mel rasmi jabatan: 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PERKHIDMATAN KAMI

A. Rawatan Pesakit Luar

  • Rawatan pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan pembedahan kecil atau prosedur bagi orang dewasa dan kanak-kanak. 
  • Semua pesakit diberi perkhidmatan / perundingan, pemeriksaan dan penyiasatan yang diperlukan secara teliti. Pesakit atau waris (jika diberi kebenaran oleh pesakit), diberikan penerangan tentang penyakit mereka, ujian yang perlu dilakukan, rawatan yang akan diberi termasuk prosedur rawatan jika perlu dan kesan sampingan rawatan. 
  • Perkhidmatan / perundingan yang ditawarkan adalah untuk pelbagai penyakit kulit termasuk barah kulit, kesan alahan kulit disebabkan oleh ubat, vaksin dan jangkitan kuman, penyakit kelamin dan penyakit kusta.

B. Rawatan Pesakit Dalam Wad

  • Memberikan rawatan kepakaran Dermatologi yang berkualiti tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad perubatan lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

C. Rawatan Pembedahan Kecil dan Prosedur Dermatologi iaitu:

      a. Prosedur rawatan pembedahan kecil penyakit kulit untuk penyiasatan seperti

  • biopsi kulit secara punch, incisional atau excisional.
  • slit skin smear

     b. Prosedur rawatan pembedahan kecil penyakit kulit untuk pembuangan lesi kulit berunsurkan penyakit dan bukan kosmetik menggunakan electrocautery.

     c. Prosedur rawatan penyakit kulit dan penyiasatan penyakit kulit seperti 

  • chemical cauterization with trichloroacetic acid
  • cryotherapy
  • podophylin application
  • intralesional steroid injections
  • pairing untuk kes-kes rumit sahaja
  • iontophoresis
  • fototerapi
  • patch testing
  • laser (dihentikan sementara sehingga mesin baharu dibekalkan)
  • pencucian luka
  • buka jahitan (STO Suture to Off)
  • wood’s lamp examination
  • skin prick test

 D. Pusat Rujukan

  • Berfungsi sebagai pusat rujukan, sedia menerima dan memberi perkhidmatan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk dari Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan, Klinik Swasta dan Hospital Swasta.

E. Lawatan Pakar Dermatologi Ke Hospital Lain

  • Perkhidmatan ini diadakan di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom,Kluang pada hari Khamis terakhir setiap bulan.

F. Pusat Latihan Kepakaran Dermatologi Zon Selatan

  • Sebagai pusat latihan bidang Dermatologi untuk pelajar perubatan pra-siswazah dan pegawai perubatan ijazah lanjutan (postgraduate), pakar kesihatan keluarga, pakar perubatan dalam ijazah lanjutan dalam bidang dermatologi (Advanced  Masters in Dermatology Program) dan kursus dalaman dan peringkat negeri kepada semua kategori dalam bidang perubatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Dermatologi.

G. Perkhidmatan Lawatan Konsultasi Pakar Dermatologi Pediatrik Dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

  • Pakar Dermatologi Pediatrik dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban memberi khidmat konsultasi kes-kes pediatrik yang rumit di samping memberi sesi latihan klinikal kepada Pakar Perunding Dermatologi, Pakar Dermatologi, Pegawai Perubatan dan paramedik Jabatan Dermatologi empat (4) kali setahun.

H. Pendaftaran Data Kanser (Cancer Registry)

  • Pendaftaran data kanser yang melibatkan semua jenis kanser kulit adalah sebagai rekod pemantauan bilangan kes di Johor untuk statistik Kebangsaan dan untuk penyelidikan.

I. Senarai  Klinik yang dikendali di bawah Jabatan Dermatologi dan Waktu Operasi

Nama Klinik

Waktu Operasi

Klinik Dermatologi Khas

    • Kes-kes khas yang diberi keutamaan seperti
    • Pesakit yang mengalami penyakit yang rumit 
    • Banduan penjara
    • Orang kelainan upaya
    • Pesakit dari Hospital Permai
  • Pesakit yang menggunakan stretcher
  • Pesakit kusta
  • Pesakit yang di discaj dari wad
  • Pesakit dari daerah lain seperti Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi 

Klinik Am Dermatologi

Klinik yang dikendali oleh Pegawai Perubatan dan atau Pakar Dermatologi bagi

Ahad tertentu Clinicopathology Conferance untuk Pakar Dermatologi

Hari Ahad 

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari












Hari Ahad 

2.00 petang hingga 5.00 petang

Klinik Am Dermatologi

Hari Isnin – Selasa

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.00 petang hingga 5.00 petang

Klinik Genitourinari, Dermatosurgeri dan Prosedur


Klinik Am Dermatologi

Hari Rabu

8.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Hari Rabu

2.00 petang hingga 5.00 petang


Klinik Am Dermatologi

Klinik Pakar Pediatrik Dermatologi empat (4) kali setahun (Mac, Jun, September & Disember) 


Pendidikan Perubatan Berterusan (CME)

Hari Khamis

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

8.00 pagi hingga 1.30 petang


Hari Khamis

2.00 petang hingga 3.30 petang

 J. Penerimaan kes rujukan sahaja

  1. Rujukan perlu diperolehi daripada Pegawai Perubatan dengan surat rujukan rasmi, bercop dan bertandatangan dari klinik / hospital kerajaan atau swasta.
  2. Kes yang memerlukan rawatan segera, wajib dirujuk kepada Pegawai Perubatan atas panggilan oleh Pegawai Perubatan klinik / hospital kerajaan / swasta dahulu sebelum menghantar pesakit.
  3. Semua kes juga perlu mendapatkan janji temu dari pihak klinik terlebih dahulu – sama ada pesakit atau waris boleh hadir sendiri untuk mendapatkan janji temu atau klinik / hospital kerajaan / swasta yang merujuk boleh menelefon klinik Dermatologi di antara jam 11.45 pagi hingga 1.00 petang atau 3.45 petang – 5.00 petang untuk mendapatkan janji temu
  4. Pesakit tidak digalakkan menelefon sendiri untuk janji temu kerana keadaan klinikal pesakit tidak dapat diberitahu.
  5. Janji temu akan diberi secara sistem blok seperti dibawah:-

Bil

Sesi Pagi

Sesi Petang

1

8.00 pagi  – 9.00 pagi

2.00 petang – 3.00 petang

2

9.00 pagi – 10.00 pagi

3.00 petang – 4.00 petang

3

10.00 pagi  – 11.00 pagi

 

4

11.00 pagi – 12.00 tengah hari

 

 

WAKTU OPERASI


Nama Klinik

Lokasi

Waktu Operasi


Klinik Dermatologi dan Genitourinari


No. Telefon Kaunter

07-2257000 sambungan 2623 







Aras 3, 

Bangunan Poliklinik 

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Pendaftaran

Ahad – Rabu

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

2.00 petang hingga 4.00 petang

Khamis

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Waktu Klinik

Ahad – Rabu

8.00 pagi hingga 1.00 petang 

2.00 petang hingga 5.00 petang

Khamis 

8.00 pagi hingga 1.00 petang

2.00 petang hingga 3.30 petang

 

PIAGAM PELANGGAN

A. Piagam Pelanggan Jabatan

  1. Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap, berkualiti dan penyayang, mengutamakan pelanggan.

  2. Pelanggan akan menerima rawatan pada hari janji temu mengikut nombor giliran yang diberi, walau bagaimanapun pesakit yang tenat dan uzur akan diutamakan.

  3. Pelanggan bebas membuat keputusan sendiri berkenaan rawatan yang ditawarkan dan bebas mendapatkan pendapat kedua dari Pakar Dermatologi pilihan mereka di hospital swasta yang lain.

  4. Kami berusaha ke arah :-

  • Waktu menunggu untuk pendaftaran (bergantung kepada keadaan semasa di klinik)                                                                10 – 30 minit
  • Waktu menunggu untuk berjumpa doktor (bergantung kepada keadaan semasa di klinik)                                                         60 – 90 minit 
  • Waktu menunggu untuk janji temu pada lazimnya bagi kes baharu, tidak segera                                                                      2 minggu 

  5. Menyediakan persekitaran yang menyenangkan kepada pelanggan luar dan dalam.

  6. Bersemangat kerja berpasukan dan professional dalam semua proses-proses kerja.

B. Kewajiban Pelanggan

  1.Untuk melancarkan pelaksanaan piagam dengan berkesan pelanggan adalah berkewajipan:-

  • Mematuhi serta menghormati semua protokol wad atau polisi hospital yang berkaitan.
  • Menjaga kesihatan diri dan masyarakat dengan mematuhi nasihat perubatan yang diberi serta mengamalkan cara hidup sihat.
  • Bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan yang disediakan.