Jabatan Neurosurgeri

Cetak

PENGENALAN

Di Jabatan Neurosurgeri adalah untuk pesakit yang mengalami masalah terhadap bahagian saraf mereka yang sangat mempengaruhi dengan otak, saraf tunjang, saraf periferal dan saraf serebrovaskular. Selalunya Neurosurgeri akan dikaitkan dengan pembedahan otak.

OBJEKTIF

  • Menyiasat dan memberikan rawatan kepakaran secara pembedahan ke atas semua penyakit-penyakit otak dan saraf.
  • Memberikan rawatan kepakaran Neurosurgeri di kawasan selatan, semenanjungMalaysia  dan Malaysia timur.
  • Memberikan latihan kepada bakal pakar-pakar Neurosurgeri sebelum mereka dihantar    keluar negeri.
  • Memberikan latihan kepada staf-staf sokongan seperti Pembantu Perubatan dan  Jururawat Terlatih tentang ‘OT technique’, ‘patient care’ dan ‘ward management’ di dalam bidang perawatan Neurosurgeri. 

Sejak mula ditubuhkan, jabatan ini telah dapat meningkatkan perkhidmatan kepakaran yang tinggi dari masa kemasa.

PERKHIDMATAN KAMI

RAWATAN PESAKIT LUAR

Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan ulangan di klinik Neurosurgeri diadakan sebanyak 5 hari seminggu bermula jam 8.00 pagi pada setiap hari Khamis dan jumaat manakala klinik khas pakar, kes-kes baru dan kecemasan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti yang mana pesakit dan waris-waris mereka diberikan penerangan yang teliti tentang cara perawatan dan risiko jika ada mengenai  sesuatu penyakit.

RAWATAN PESAKIT DALAM WAD

Memberikan rawatan kepakaran Neurosurgeri yang bermutu kepada semua pesakit-pesakit yang di masukkan ke wad Neurosurgeri.

LAWATAN PAKAR NEUROSURGERI KE HOSPITAL-HOSPITAL DAERAH.

Perkhidmatan ini telah dimulakan oleh Dr. Ho Yau Shen pada bulan Oktober, 1991 yang mana beliau telah mengadakan lawatan ke Hospital-hospital daerah di negeri Johor bagi memberikan perkhidmatan kepakaran Neurosurgeri diperingkat Hospital Daerah. Perkhidmatan ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana bilangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan kepakaran di HSAJB kian bertambah.

PUSAT RUJUKAN

Berfungsi sebagai pusat rujukan bagi kawasan selatan semenanjung dan Malaysia timur. Jabatan ini sedia menerima dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh mana-mana Hospital kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik kerajaan dan swasta.

RAWATAN  PEMBEDAHAN

Memberikan rawatan pembedahan kepakaran Neurosugeri kepada pesakit dan menjalankan pembedahan ‘combine’ dengan lain-lain kepakaran seperti pembedahan plastik, Orthopedik, ENT dan lain-lain. 

PUSAT LATIHAN KEPAKARAN NEUROSURGERI

Memberikan latihan kepakaran Neurosurgeri kepada bakal-bakal pakar dan kursus dalaman kepada semua kategori staf di jabatan Neurosurgeri bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Neurosurgeri.