JABATAN OFTALMLOGI

Cetak

 

PENGENALAN

Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merupakan pusat rujukan penyakit mata bagi daerah Johor Bahru khususnya dan seluruh Negeri Johor secara amnya. Jabatan Oftalmologi menyediakan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi dan Perkhidmatan Optometri yang menyeluruh merangkumi pengesanan, perawatan, pembedahan dan pemulihan bagi penyakit mata. Jabatan Oftalmologi HSAJB kini diketuai oleh Dr Hooi Siew Hong, Pakar Perunding Oftalmologi Gred Khas C. Jabatan Oftalmologi HSAJB sentiasa komited ke arah kecemerlangan yang berteraskan kepada tiga (3) misi utama iaitu perkhidmatan klinikal efisien, pengajaran dan pendidikan berterusan serta penyelidikan terkini. 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan mata 

MISI

  • Memberikan perkhidmatan kepakaran Oftalmologi yang berkualiti.
  • Mengadakan latihan berterusan kepada semua kakitangan dalam  merealisasikan visi Jabatan.
  • Mempromosikan penjagaan kesihatan mata berkaitan pencegahan kebutaan yang dapat dielakkan serta penekanan terhadap penglibatan setiap individu dalam proses penjagaan kesihatan mata.

 OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang cemerlang dalam suasana yang mesra pesakit serta sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan keselesaan pesakit.
  • Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan Jabatan Oftamologi sebagai organisasi pembelajaran yang berterusan.
  • Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal melalui pengumpulan data bagi penambahbaikan perkhidmatan di masa hadapan.

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

Jabatan Oftalmologi, Aras 1, Bangunan Poliklinik  

  • No. sambungan – 2026

Wad Mata (Wad Barat 5) 

  • No sambungan – 2509 / 2510

 

PERKHIDMATAN/ RAWATAN YANG DITAWARKAN

 RAWATAN PESAKIT LUAR DAN DALAM

  • Perkhidmatan Oftalmologi umum
  • Perkhidmatan sub kepakaran
  •  Program “Outreach

  PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN

  • Medikal retina
  • Vitreoretinal 
  • Kornea
  • Glaukoma

   PERKHIDMATAN OPTOMETRI

  • Klinik optometri umum
  • Kanta lekap terapeutik
  •  Penglihatan terhad
  •  Penglihatan binokular & ortoptik
  • Optometri pediatrik
  • Terapi visual

   PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN MATA

  • Rawatan pembedahan katarak
  • Rawatan pembedahan vitreoretinal
  • Rawatan pembedahan harian (Day Care)
  • Rawatan pembedahan minor

     UJIAN DIAGNOSTIK MATA

  • Humphrey Visual Field
  • Bjerrum Test
  •  A-Scan Biometry
  •  B-Scan
  • Fundus Fluorescein Angiography
  • Hess chart
  • Optical Coherence Tomography (OCT) 

      PUSAT LATIHAN DAN PEMBELAJARAN

  • Sarjana Perubatan Oftalmologi
  • Program Parallel
  • Pegawai Optometri
  • Pelajar Program Perubatan (IPTA/ IPTS)
  • Pelajar Program Optometri IPTA/IPTS (Latihan Industri)
  • Pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat

MAKLUMAT LOKASI KLINIK/ WAD

Waktu Operasi Klinik 

           Hari : Ahad hingga Rabu 

           Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

           Hari : Khamis

           Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang

           Tutup : Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

PIAGAM PELANGGAN

  1. Pesakit akan diberikan perkhidmatan yang mesra.
  2. Pesakit akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti.
  3. Pesakit akan diberikan informasi dan maklumat yang tepat mengenai penyakit mata yang berkaitan.
  4. Pesakit akan memperoleh konsultasi kesihatan berkenaan penyakitnya.
  5. Pesakit akan diberikan hak untuk mengurus rawatannya setelah mendapatkan nasihat doktor.
  6. Pesakit akan dipastikan kerahsiaannya terjamin.