JABATAN PEDIATRIK

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik HSAJB memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah.  Jabatan Pediatrik HSAJB juga menjadi pusat rujukan bagi zon selatan yang meliputi pelbagai bidang sub kepakaran seperti Jantung kanak-kanak, Fetal Echo, Neonatal, Palliative care dan Neurosurgikal termasuk memberi perkhidmatan lawatan pakar di hospital daerah.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Sebagai pusat perkhidmatan rawatan pediatrik yang unggul, disamping menjadi pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang kesihatan kanak-kanak.

 

MISI

Memberi perkhidmatan pediatrik yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan , penyayang dan profesionalisme demi kepuasan pelanggan.

 

OBJEKTIF

  • Untuk menjadi pusat rujukan rawatan pediatrik
  • Untuk menjadi “advocate” bagi kesihatan dan kebajikan kanak-kanak
  • Untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dalam komuniti
  • Untuk menyediakan dan menjalankan latihan berterusan dan penyelidikan perubatan
  • Untuk mengurangkan kadar kematian dan ketidakupayaan di kalangan kanak-kanak.

PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN

LOKASI

WAKTU OPERASI

PESAKIT LUAR (KLINIK)

Klinik Pakar Pediatrik

Bangunan Poliklinik

Ahad – Rabu (8.00am – 5.00pm)

Khamis (8.00am – 3.30pm)

Rehat (1.00pm – 2.00pm)

Klinik Pediatrik Kardiologi

Blok A aras 1

Ahad – Rabu (8.00am – 5.00pm)

Khamis (8.00am – 3.30pm)

Rehat (1.00pm – 2.00pm)

Klinik Fetal Echo

Blok A aras 1

Ahad & Selasa (8.00am – 1.00pm)

DAYCARE

Unit Rawatan Harian Pediatrik (Daycare)

Klinik Pakar Pediatrik  (Bangunan Poliklinik)

Ahad – Rabu (8.00am – 4.00pm)

Khamis (8.00am – 1.00pm)

PESAKIT DALAMAN (WAD)

Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU)

Blok B aras 2 (Bunga Raya 2)

 

Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU)

Blok A aras 3 (Angerik 3)

 

Wad Penjagaan Rapi Bayi (SCN)

Blok A aras 4 dan aras 2

 

Wad Perubatan Pediatrik

Blok B aras 3 (Bunga Raya 3)

 

Wad Perubatan Pediatrik (Penyakit Berjangkit)

Blok B aras 4 (Bunga Raya 4)

 

PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN

Pediatrik Kardiologi

Blok A aras 1

 

Pallative Care Unit

Klinik Pakar Pediatrik (Poliklinik)

 

Pediatrik ICU

Blok B aras 2

 

Neonatologi

Blok A aras 3

 

LAWATAN PAKAR HOSPITAL DAERAH

Hospital Pontian

 

 

Hospital Kulai

 

 

FUNGSI JABATAN

  • Memberi perkhidmatan rawatan ‘secondary” dan ‘tertiary’ untuk pesakit dalam dan luar bagi bayi baru lahir serta kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Perkhidmatan rawatan boleh dilanjutkan bagi kanak-kanak berumur lebih 12 tahun bagi kes-kes tertentu.
  • Pusat rawatan harian kanak-kanak pesakit yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.
  • Sumber rujukan bagi kes-kes subkepakaran dari hospital-hospital lain.
  • Sebagai pusat latihan bagi Pegawai Perubatan dan Paremedik didalam bidang paediatrik.
  • Pusat penyelidiakan klinikal dalam bidang pediatrik dan jaminan kualiti(Quality Assurance).
  • Mengambil bahagian dalam menangani isu kesihatan kanak-kanak.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Semua pelanggan dan keluarga yang menerima rawatan di Jabatan Pediatrik akan dilayan dengan mesra dan segera.
  2. Pesakit tenat dan kes kecemasan akan diperiksa oleh doktor dengan kadar segera.
  3. Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad akan ditempatkan di katil dalam masa ½ jam dan diperiksa oleh doktor dalam masa satu jam selepas kemasukan.
  4. Doktor Pakar akan memeriksa pesakit sekali semasa menerima rawatan di wad.
  5. Pelanggan di Klinik Pakar Pediatrik dan klinik jantung kanak-kanak akan dilayan oleh kakitangan klinik dalam masa 90 minit selepas didaftarkan.
  6. Pelanggan dan ibu-bapa akan diberi penerangan tentang penyakit yang dihidapi serta diberi pendidikan kesihatan yang perlu.