JABATAN PEMBEDAHAN PLASTIK & REKONSTRUKTIF

Cetak

 

PENGENALAN

Klinik Pakar Pembedahan Plastik & Rekonstruktif terletak di aras bawah bangunan Poliklinik bersebelahan dengan Klinik Pakar Perubatan dan Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Menyediakan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Plastik & Rekonstruktif yang berkualiti dan profesional.

MISI

  • Menyediakan perawatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif yang berkualiti dengan kemudahan yang disediakan serta interaksi dengan kepakaran yang berkaitan.
  • Menjadikan Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif sebagai sebuah pusat kecemerlangan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).
  • Mengamalkan budaya kerja yang menghargai dan menghormati setiap individu.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran professional berterusan serta kajian pada semua peringkat.
  • Menggunaan teknologi maklumat terkini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang mesra pelanggan.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang Pembedahan Plastik & Rekonstruktif yang bersesuaian, berkesan dan selesa kepada pesakit yang mempunyai kecacatan semula jadi atau kecacatan fizikal yang disebabkan oleh kecederaan, ketumbuhan, kebakaran dan lain-lain. Rawatan diberi agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal.

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN GRED SEKSYEN/UNIT NO SAMB
1

DR MUN YOKE CHIN  

PAKAR PERUNDING BEDAH PLASTIK JUSA C KETUA UNIT

#0231

2 DR HIEW KHEE CHUN PAKAR BEDAH PLASTIK UD52 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN DAN APLIKASI

#0233 

3 DR YOGESWARI A/P KOLAONDAI PEGAWAI PERUBATAN UD43 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL #0234
4 DR MUHAMMAD AIMAN AZIZI. PEGAWAI PERUBATAN UD43 SEKSYEN PEMBANGUNAN STRATEGIK  
5 DR ER SHU MIEN PEGAWAI PERUBATAN UD43 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN DAN APLIKASI  
6 DR NURAMALINA BINTI REMAN PEGAWAI PERUBATAN UD43 SEKSYEN MAKLUMAT PENGURUSAN DAN APLIKASI  
7 DR SINDHU A/P PUVANARAJA NAIDU.  PEGAWAI PERUBATAN UD43 SEKSYEN OPERASI DAN TEKNIKAL  

PERKHIDMATAN KAMI

A. Secara amnya Pembedahan Plastik meliputi perkara berikut:

  • Cleft Surgery contoh: Cleft lip, Palatoplasty, Bone graft
  • Hand surgery contoh: Syndactyly
  • Facial trauma / facial fracture contoh: Debridement & suturing
  • General Plastic Surgery
  • Rekonstruktif
  • Flap Surgery
  • Tumour Surgery
  • Acute and Chronic Burn Care
  • Vascular Acsess Surgery 

B. Secara keseluruhan kes yang dikendalikan oleh jabatan ini adalah terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kecederaan, kecacatan dan ketumbuhan di bahagian muka atau lain-lain anggota yang mungkin boleh menjejaskan fungsi dan penampilan seseorang. 

Ada dua jenis pembedahan dijalankan iaitu:

  • Pembedahan secara Bius Penuh
  • Pembedahan secara Bius Setempat

C. Di samping jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan, beberapa prosedur berkaitan telah dijalankan di klinik mengikut janji temu yang diberikan.

Antaranya:

  • Pencucian luka
  • Buka jahitan
  • Fine Needle Aspiration
  • Wound Debridement
  • Biopsy
  • Kenocorte injection

D. Kebanyakan kes pembedahan secara bius setempat dilakukan di Dewan Bedah Kecil (Bangunan Poliklinik) dan juga di klinik.

 

WAKTU OPERASI

WAKTU OPERASI 

Hari : Ahad hingga Khamis

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

             1.00 tengah hari - 2.00 petang (Rehat)

             2.00 petang - 5.00 petang

Tutup : Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Perkhidmatan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesara awam.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  • Masa menunggu untuk berjumpa doktor ialah 85% pesakit tidak melebihi 90 minit.