Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental adalah satu komponen penting yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan rawatan perubatan penyakit mental kepada pesakit. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1993. Pada awalnya jabatan ini berkongsi klinik dengan Jabatan Neurosurgeri. Kemudian jabatan ini telah berupaya mempertingkatkan kepelbagaian dalam perkhidmatannya dan mempunyai klinik sendiri di Bangunan Poliklinik. Pada tahun 2013 jabatan dan klinik pakar psikiatri dan kesihatan mental telah berpindah ke Bangunan Lili dan telah beroperasi sehingga kini.

Pada tahun 2007, jabatan ini mempunyai wad psikiatri di wad Perubatan Perempuan 3 (PP3). Wad psikiatri ini telah digazetkan sebagai Hospital Kerajaan Psikiatri pada 3 Mac 2011 mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010. Pada tahun 2016, wad psikiatri telah berpindah ke Bangunan Raflesia. Kapasiti semasa wad psikiatri ialah 20 katil. Pada masa yang sama, Jabatan ini telah menjadi pusat latihan kepakaran psikiatri program ijazah lanjutan psikiatri dan parallel pathway. Jabatan ini juga menjadi pusat latihan untuk Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja dan Neuropsikiatri. 

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Sebagai pusat perkhidmatan psikiatri yang unggul dan berprestij yang menyediakan perkhidmatan rawatan, rujukan dan latihan yang berkualiti. 

MISI

  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalankan aktiviti pencegahan, perawatan, pemulihan dan promosi kesihatan mental. 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan diagnos, rawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit bagi mengekalkan potensi dan kefungsiannya.

 

CARTA ORGANISASI

 

DIREKTORI

NAMA

JAWATAN

SEKSYEN /UNIT

NO. SAMBUNGAN

E-MEL

Dr. Alipah binti Baharum

Ketua Jabatan Pakar Psikiatri UD56

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

#0870

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En. Abd Rahaman bin Rosmin

Ketua Unit

Penolong Pegawai Perubatan U36(KUP)

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

2702

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

WAD

LOKASI

NO. SAMBUNGAN

WAD RAFFLESIA

BANGUNAN RAFFLESIA

2693

PERKHIDMATAN / RAWATAN YANG DITAWARKAN

A. Rawatan Pesakit Luar

    • Klinik Psikiatri Am
    • Klinik Neuropsikiatri
    • Klinik Psikogeriatrik
    • Klinik Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
    • Kes Baharu : janji temu dan walk in
    • Kes Ulangan
    • Psychotherapy - Acceptance Commitment Therapy

B. Rawatan Pesakit Dalam

    • Rawatan akut pesakit psikiatri
    • Rawatan terapi Electroconvulsive
    • Konsultasi Liaison

C. Rawatan Dalam Komuniti

    • Rawatan Komuniti Akut
    • Rawatan Komuniti Asertif

D. Supported Employment (SE)

  • RESTART Program

E. Kaunseling

    • Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling kepada pesakit luar dan dalam
    • Melakukan ujian-ujian inventori psikologi

 

WAKTU OPERASI

KLINIK

LOKASI

WAKTU OPERASI

HARI

MASA

AKTIVITI

KLINIK PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

BANGUNAN LILI 

AHAD

8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pendaftaran

1.00 petang - 2.00 petang

Rehat

2.00 petang - 4.00 petang

Pendaftaran

8.00 pagi - 1.00 petang

Klinik

Kes Rujukan Baharu (WALK-IN)


Terapi dan Kaunseling

2.00 petang - 5.00 petang

ISNIN hingga RABU

8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pendaftaran

1.00 petang - 2.00 petang

Rehat

2.00 petang - 4.00 petang

Pendaftaran

8.00 pagi - 1.00 petang

Klinik

Kes Melalui Janji temu

2.00 petang - 5.00 petang

Kes Rujukan Baru (WALK-IN)


Terapi dan Kaunseling

KHAMIS

8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Pendaftaran

1.00 petang - 2.00 petang

Rehat

2.00 petang - 3.00 petang

Pendaftaran

8.00 pagi - 1.00 petang

Klinik

Kes Melalui Janji temu

2.00 petang - 3.30 petang

Kes Rujukan Baharu (WALK-IN)


Terapi dan Kaunseling

JUMAAT, SABTU dan CUTI UMUM

TUTUP

 

PIAGAM PELANGGAN

KLINIK PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL

  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sewajarnya yang berkualiti.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu masa menunggu untuk pemeriksaan doktor tidak lebih daripada 90 minit selepas pendaftaran bagi pelanggan yang datang pada hari temujanji yang ditetapkan.

 

WAD PSIKIATRI 

Kami akan memastikan setiap pesakit yang mengunjungi kami diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional :

  • Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang sewajarnya.
  • Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosio-ekonomi.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Memberi penjelasan perihal dan status pesakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif sekiranya perlu.
  • Memastikan hal-hal peribadi / sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan.

 

Untuk memastikan Piagam Pelanggan berkesan, pesakit adalah berkewajiban untuk :

  • Mematuhi peraturan hospital.
  • Bekerjasama dengan warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda.
  • Bersedia memberi maklum balas tentang perkhidmatan yang disediakan.
  • Menepati janji.
  • Mematuhi pelan rawatan yang diberi.