JABATAN RESPIRATORI

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Respiratori beroperasi untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan permasalahan di bahagian paru-paru. Jabatan ini terletak di bangunan teratai dimana klinik dan beberapa diagnostic prosedur beroperasi di bangunan tersebut. Perkhidmatan perawatan yang disediakan adalah berkaitan dengan penyakit tibi dan penyakit paru-paru yang lain seperti asma, COPD dan penyakit tidur.

VISI, MISI & OBJEKTIF

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Perubatan Respiratori, merangkumi penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan penyelidikan dalam pasukan yang mantap, profesional dan mesra pelanggan.


Misi
Sentiasa responsive terhadap kehendak semua pelanggan
Mengamalkan budaya kerja korporat yang bercirikan kerja secara berpasukan, sikap penyayang, professional dan mesra
Menjalankan program latihan secara berterusan
Berkongsi tanggungjawab dengan pelanggan yang terlibat dan juga masyarakat setempat

 

Objektif

  • Menyediakan penjagaan kesihatan yang holistic merangkumi aspek promotive, preventif, kuratif, rehabilitasi dan paliatif berasakan nilai-nilai murni dan mesra pelanggan.
  • Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif bagi membolehkan pegawai berkhidmat dengan cemerlang.
  • Menjadikan Klinik Pakar Perubatan Respiratori sebagai pusat rujukan yang cemerlang dan menonjol dalam bidang perubatan respiratori.

PERKHIDMATAN / RAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Bronchoscopy
  • Lung Function Test (Spirometry)
  • Full Lung Function Test
  • Full Polysomnograpghy (PSG)
  • Mantoux Test
  • Klinik pesakit luar
  • Directly Observed Therapy (DOT) untuk pesakit tibi

KLINIK / WAD DI BAWAH JABATAN

  • Klinik Pakar Respiratori (Klinik Dada)
  • Wad Tibi

MAKLUMAT LOKASI KLINIK / WAD

Nama klinik

Lokasi

Waktu operasi

Klinik Pakar Perubatan Respiratori

(Klinik Dada)

Aras 1, Bangunan Teratai

Pendaftaran

08.00 pagi – 12.00 tengahari

02.00 petang – 04.00 petang

 

Waktu Klinik

Ahad

08.00pagi – 12.00 tengahari

-Tibi

Isnin

08.00 pagi – 12.00 tengahari

-   Asma, COAD, COPD, Cancer, Bronchiectasis, Lung Nodule

02.00 petang – 4.00 petang

- OSA

Selasa

08.00 pagi – 12.00 tengahari

- Post COVID-19

Rabu

08.00 pagi – 12.00 tengahari

- Tibi

02.00 petang – 4.00 petang

- OSA

Khamis

-   Grand round

Nama wad

Lokasi

Waktu operasi

Wad Tibi

Wad lavender B,

Hospital Permai

24 jam

PIAGAM PELANGGAN

  • Menerima rawatan dan penjagaan pelanggan perubatan yang professional dan mesra
  • Waktu menunggu untuk berjumpa doktor
    • Kurang daripada 30 minit – 30%
    • 30 minit – 60 minit – 50%
    • Lebih dari 60 minit – 20%
  • Menerima pendidikan kesihatan sekurang-kurangnya sekali untuk pesakit tibi