JABATAN FARMASI

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terbesar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru di bawah Direktorat Penyelidikan dan Sokongan Klinikal. Ia terdiri daripada lima unit utama yang menyampaikan perkhidmatan farmasi di seluruh hospital.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Mewujudkan perkhidmatan Farmasi dan Bekalan di Hospital Sultanah Aminah yang cekap dan berkesan berteraskan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan Farmasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan berusaha meningkatkan tahap penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care).

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkesan kepada pesakit.
  2. Mengadakan perkhidmatan Farmasi Klinikal untuk meningkatkan kualiti rawatan pesakit.
  3. Mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan supaya memenuhi keperluan ubat-ubatan dan alat perubatan di peringkat hospital.
  4. Bekerjasama (collaboration) sebagai satu pasukan dalam pengurusan perawatan pesakit dalam dan pesakit luar.
  5. Objektif unit farmasi dan perkhidmatan farmasi ternyahpusat hendaklah didokumenkan dan diselaraskan dengan objektif Jabatan Farmasi.

 

CARTA ORGANISASI

 

 

 

 

DIREKTORI

 

BIL NAMA JAWATAN GRED UNIT NO SAMBUNGAN EMEL
1 SITI ROSNAH BINTI SURADI KETUA JABATAN FARMASI UF 14 KETUA JABATAN FARMASI 2014 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 FOO PEI CHIN PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI LOGISTIK 2625 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 AIZAN BINTI ABDUL RASHID PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI PESAKIT LUAR 2826 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 NOR SHAHEERA BINTI IZAZE PEGAWAI FARMASI UF 13 FARMASI KECEMASAN 3401 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 LOH HUI MIN PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI KLINIK PAKAR PSIKIATRI 3407 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 LEE SOO LIN PEGAWAI FARMASI UF14 FARMASI PENGELUARAN- STERILE & BUKAN STERILE 2780 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 THIAN KAR MIAN PEGAWAI FARMASI UF13 FARMASI PENGELUARAN- NUTRISI PARENTERAL & IV ADMIXTURE 2288 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 NAZIHAH BINTI ABD RAHMAN PEGAWAI FARMASI UF12 FARMASI PENGELUARAN - BUKAN STERIL 3542 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
9 AHMAD BAZLI BIN AHMAD ZIKRILEH PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI PENGELUARAN- FARMASI NUKLEAR 2001 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 NAGESHWARI A/P MATAVAN PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI PENGELUARAN - REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK 3541 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
11 KOH CHANG HENG PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI PESAKIT DALAM 1348 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
12 SHUHAIDAH BINTI MD RAZALI PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI SATELIT A 3463 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
13 PUN YEAN YEN PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMAKOKINETIK KLINIKAL 2066 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
14 ROSLITA BINTI ALIVI PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMAKOTERAPI KLINIKAL 3548 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
15 ZANARIAH BINTI ABU BAKAR PEGAWAI FARMASI UF 14 PUSAT MAKLUMAT UBAT 3518 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
16 DR MOHD SHAFIE BIN ZABIDI PEGAWAI FARMASI UF 14 FARMASI KLINIKAL 3548 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A. FARMASI LOGISTIK

  • Terlibat dalam pengurusan logistik ubat-ubatan dan bukan ubat bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat serta perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. 
  • Memastikan bekalan ubat-ubatan & bukan ubat yang diperolehi adalah selamat, berkesan dan berkualiti mengikuti undang-undang Malaysia.

 B. FARMASI PESAKIT LUAR

Farmasi Klinik Pakar, Farmasi Kecemasan & Farmasi Psikiatri:

  • Membekalkan & mengurus penggunaan ubat bagi pesakit luar & pesakit discaj.
  • Memberi pendidikan dan nasihat kepada pesakit dari segi penggunaan ubat-ubatan dan alat bantuan ubat.
  • Berbincang dengan pegawai perubatan berkenaan perawatan ubat-ubatan pesakit jika perlu.
  • Kenal pasti isu-isu penggunaan ubat-ubatan dalam kalangan pesakit seperti Adverse Drug Reaction (ADR), alahan & kepatuhan pengambilan ubat-ubatan.
  • Menyediakan perkhidmatan nilai tambah untuk memudahkan pesakit mengambil ubat susulan seperti berikut:
    • Ubat Melalui Pos
    •  Pandu Lalu
      - Pusat Pengambilan Ubat Susulan Setempat (PPUSS Persiaran Tanjung,Tampoi)
    • Park & Take
      - Kad Temujanji (PPUSS HSAJB)
    • Locker4U
      - Giant Tampoi
      - Aeon Taman Universiti
      - Kafeteria HSAJB

C. FARMASI PESAKIT DALAM

  • Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di dalam wad.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit di wad.
  • Berbincang dengan pegawai perubatan berkenaan perawatan ubat-ubatan pesakit jika perlu.
  • Kenal pasti isu-isu penggunaan ubat-ubatan dalam kalangan pesakit seperti Adverse Drug Reaction (ADR), alahan & kepatuhan pengambilan ubat-ubatan.

 D. FARMAKOKINETIK KLINIKAL (TDM)

  • Memantau ubat-ubatan terapeutik yang mempunyai indeks terapeutik yang kecil serta kesan sampingan yang berpotensi toksik seperti paracetamol, ubat sawan dan ubat antibiotik.

E. FARMASI PENGELUARAN

  1. Farmasi Pengeluaran Steril

    i. Nutrisi Parenteral & IV Admikstur
    • Pemantauan dan penilaian keadaan pesakit sebelum penyediaan sediaan nutrisi parenteral.
    • Penyediaan nutrisi parenteral, admikstur intravena dan sediaan steril lain seperti ubat titis mata.

    ii. Farmasi Nuklear
    • Penyediaan radiofarmaseutikal, kawalan kualiti & pendispensan radiofarmaseutikal.

    iii. Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
    • Merekonstitusi ubat sitotoksik secara berpusat untuk kegunaan wad.

  2. Farmasi Pengeluaran Bukan Steril
    • Penyediaan ubat-ubatan internal & eksternal yang tiada dalam pasaran.
    • Pra-pembungkusan semula tablet/kapsul dan galenikal bagi memudahkan pendispensan.

F.  FARMASI WAD

  • Menilai sejarah pengubatan pesakit dan medication reconciliation (CP1) ketika kemasukan pesakit di wad dan melakukan pemantauan farmakoterapi ubat pesakit ketika pesakit berada di wad sehingga discaj (CP2).
  • Menjalankan rondaan wad bersama pakar, pegawai perubatan dan membuat cadangan farmakoterapi ubat dan intervensi ubat semasa rondaan wad (CP3).
  • Menjalankan kaunseling ubat-ubatan pesakit di wad (Bedside Counseling) serta kaunseling dan pendispensan ubat-ubatan ketika pesakit discaj.
  • Menjalankan aktiviti Pharmacist Round dan case sharing di kalangan Pegawai Farmasi Wad sebagai sebahagian proses pembelajaran berterusan.
  • Pusat latihan MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic): Respiratori, Diabetes, Warfarin & "Retroviral Disease"

G. PUSAT MAKLUMAT UBAT

  • Menjawab sebarang pertanyaan mengenai ubat-ubatan yang diterima daripada ahli profesional kesihatan dan orang awam
  • Menyediakan laporan Kesan Adverse (ADR) & aduan produk berdaftar sebelum menghantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara
  • Menyediakan laporan kesilapan pengubatan dan menghantar ke Medication Error Reporting System (MERS online).
  • Menguruskan permohonan memperolehi & menggunakan ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
  • Menjadi sekretariat untuk Jawatankuasa Ubat & Terapeutik Peringkat hospital juga menyelaras formulari ubat-ubatan peringkat hospital.
  • Menerbitkan Buletin Penawar dan newsletter bulanan kepada ahli profesional kesihatan
  • Mengendalikan pembelajaran berterusan (CPE) bagi Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi
  • Menyelaraskan data KPI, PF dan QAP dan aktiviti-aktiviti bagi Jabatan Farmasi.

 

WAKTU OPERASI

Unit

Lokasi

Waktu Operasi

Farmasi Logistik

Stor Integrasi

Samb: 2624

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM

Waktu Rehat:


Isnin- Khamis 1.00PM - 2.00PM

Jumaat: 12.15PM- 2.45PM

 

Unit

Lokasi

Waktu Operasi

Farmasi Pesakit Luar

Aras Bawah, Bangunan Poliklinik

Samb: 2619/2504

Farmasi Klinik Pakar

Isnin - Jumaat: 7.30AM - 5.00PM

Waktu pengambilan ubat ulangan:
Isnin-Khamis: 7.30AM-10.00AM
2.00PM-4.00PM

Jumaat: 7.30AM-10.00AM

 

Farmasi Satelit Ortopedik

 

Isnin - Khamis : 9.00AM - 1.00PM

 

Farmasi Satelit Oftalmologi

 

Isnin - Jumaat: 10.00AM - 2.00PM

PPUSS, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Samb: 2619/2329

Park & Take (Medxpress, Kad Temujanji)

Isnin - Jumaat : 8.00AM - 5.00PM

Aras Bawah, Bangunan Induk
Samb: 3401

Farmasi Kecemasan

Ahad - Sabtu: 24 jam

Bangunan Lili


Samb: 3407

Farmasi Psikiatri

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM

Rehat: Isnin - Khamis 1.00PM - 2.00PM,

Jumaat 12.15PM - 2.45PM

 

Unit

Lokasi

Waktu Operasi

Farmasi Pesakit Dalam

Bangunan Makmal Kajikuman Lama

Samb: 1348

Farmasi Pesakit Dalam (Induk)

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 7.00PM

Sabtu - Ahad / Cuti Awam: 8.00AM - 5.00PM

Aras Bawah, Blok Anggerik


Samb:3463/6463

Farmasi Satelit A

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 6.00PM

Sabtu - Ahad/ Cuti Umum: 8.00AM - 5.00PM

 

Unit

Lokasi

Waktu Operasi

Farmasi Pusat Maklumat Ubat

Bangunan Makmal Kajikuman Lama
Samb: 3518

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM
(Rehat: 1.00PM - 2.00PM, Jumaat:12.15-2.45PM)

 

Unit

Lokasi

Waktu Operasi

Farmasi Pengeluaran

Aras Bawah, Bangunan Induk



Samb: 2288

TPN & IV Admikstur

Isnin - Ahad: 8.00AM - 5.00PM

Rehat: 1.00PM - 2.00PM

12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Aras Bawah, Bangunan Induk


Samb: 3542

Farmasi Pengeluaran Bukan Steril

snin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM

Rehat: 1.00PM - 2.00PM (Isnin - Khamis)

12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Aras Bawah, Bangunan Induk


Samb: 3541

Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM

Rehat: 1.00PM - 2.00PM (Isnin - Khamis)

12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Jabatan Perubatan Nuklear

Samb: 2001

Farmasi Nuklear

Isnin - Khamis : 8.00AM - 5.00PM

(Rehat: 1.00PM - 2.00PM)

Jumaat : 8.00AM - 5.00PM

(Rehat: 12.15PM - 2.45PM)

 

Unit Lokasi Waktu Operasi


Farmasi Klinikal

 
 Aras Bawah Bangunan Induk
Samb: 3548
Farmasi Wad
Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM
(Rehat: 1.00PM - 2.00PM, Jumaat:12.15-2.45PM)

 

Unit Lokasi Waktu Operasi

Farmakokinetik Klinikal (TDM)

 
Bangunan Makmal Kajikuman Lama
Samb: 2066

Isnin - Jumaat: 8.00AM - 5.00PM

Jumaat - Sabtu/ Cuti Awam: 9.00AM - 2.00PM

 

PIAGAM PELANGGAN

 

FARMASI LOGISTIK

  • Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi lima (5) hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

FARMASI PESAKIT LUAR

  • Untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya 95% daripada preskripsi pesakit luar tanpa isu berkaitan dispensing dibekalkan dalam tempoh 30 minit.
  • Untuk memastikan sekurang-kurangnya 20% pesakit yang layak menerima ubat susulan menggunakan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS).

FARMASI PESAKIT DALAM

  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% ubat pesakit dalam dibekalkan dalam tempoh 4 jam selepas penerimaan troli ubat.

FARMAKOKINETIK KLINIKAL (TDM)

  • Memastikan 100% interpretasi dan cadangan Therapeutic Drug Monitoring (TDM) untuk paras ubat bukan toksik disediakan dalam masa 4 jam semasa waktu pejabat selepas notifikasi keputusan TDM.
  • Memastikan 100% interpretasi dan cadangan Therapeutic Drug Monitoring (TDM) untuk kes ubat disyaki toksik disediakan dalam masa 1 jam selepas notifikasi keputusan TDM semasa atau selepas waktu pejabat.

FARMASI PENGELUARAN

  • Farmasi Pengeluaran Steril
    i. PN & IV Admikstur
    ii. Farmasi Nuklear
    iii. Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)

  • Farmasi Pengeluaran Bukan Steril
    Untuk memastikan 100% persediaan steril disediakan dan dibekalkan pada hari permintaan diterima.

FARMASI WAD

  • Untuk memastikan penilaian sejarah ubat bagi pesakit yang baru dimasukkan ke wad diselesaikan dalam tempoh 24 hingga 48 jam pada hari bekerja.\
  • Untuk memberikan kaunseling ubat-ubatan dan medical device, memastikan kaunseling 100% untuk pesakit yang menerima medical device baharu.
  • Untuk menyediakan cadangan dan intervensi farmaseutikal bagi isu berkaitan ubat-ubatan yang dikenal pasti semasa pusingan wad rutin, selaras dengan keperluan perkhidmatan jabatan.
  • Untuk memastikan penyertaan pegawai farmasi dalam sekurang-kurangnya 90% aktiviti klinikal pelbagai disiplin yang dijadualkan bagi mengoptimumkan terapi ubat dan meningkatkan patient outcomes.

PUSAT MAKLUMAT UBAT

  • Memastikan 100% kesilapan pengubatan dilaporkan, disiasat dan tindakan pembetulan dilaksanakan mengikut dasar dan prosedur keselamatan pengubatan jabatan..
  • Untuk memastikan 100% Adverse Drug Reactions (ADR) dan alahan ubat yang disyaki didokumenkan dan dilaporkan mengikut dasar dan prosedur keselamatan pengubatan jabatan.