JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan sebuah jabatan yang menawarkan perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan juga sokongan klinikal. Terletak bersebelahan jabatan Pengimejan dan Diagnostik , jabatan ini telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan hospital ini pada tahun 1882. Bermula dengan hanya menawarkan perkhimatan sajian, jabatan ini telah berkembang dengan memberi sokongan klinikal kepada hospital dalam bidang dietetik pada tahun 1988.

 

Senarai Perkhidmatan

 

 

Rawatan Pesakit Luar

Nama Klinik Tel Waktu Operasi
KLINIK KAUNSELING DIET  07—223 1666/2641  Ahad-Rabu 7.30 pg -1.00 tgh
2.00 tgh - 5.30 ptg
Khamis 7.30 pg -12.15 tgh
2.45 tgh - 5.30 ptg

Rawatan Pesakit Dalam

Wad Tel Waktu Melawat
     

 

Piagam Pelanggan

1. Menyediakan makanan normal dan teraputik yang mencukupi, seimbang, bermutu tinggi , menyelerakan, bersih dan selamat.

2. Menyediakan makanan yang telah dimasak kepada wad pada waktu berikut:

i) SARAPAN PAGI – 7.30 – 8.00 PAGI

ii) MAKAN TENGAHARI – 11.30 – 12 TGH

iii) MINUM PETANG – 3.30 – 4.00 PTG

iv) MAKAN MALAM – 5.30 – 6.00 PTG

3. Membekalkan catuan makanan kering bagi :

i) Pesakit ( yang memerlukan ) – Khamis setiap minggu

ii) Doktor atas panggilan – Khamis setiap minggu

4. Membekalkan catuan malam bagi amggota hospital yang bertugas giliran malam pada sehari sebelum selesai bertugas malam.

5. Memberi perkhidmatan sokongan terkini dari segi pemakanan, kaunseling makanan dan pendidikan kepada semua pesakit yang dirujuk kepada pegawai Dietetik.

6. Memberi latihan kepada penuntut dalam bidang makanan dan katering serta Institut Pengajian Tinggi.