Piagam Pelanggan Jabatan Farmasi
- Farmasi Logistik
- Perolehan dan bekalan daripada/kepada pelanggan adalah
mengikut tatacara pengurusan stor (TPS). - Memberi perkhidmatan yang cepat ,tepat dan mesra kepada
pelanggan. - Memastikan sub-stor mendapat bekalan dalam tempoh 14 hari
selepas tarikh inden dihantar DENGAN SYARAT INDEN TIDAK
BERMASALAH.
- Farmasi Pesakit Luar
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi
30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima. - Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem
Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh
yang dijanjikan.
- Farmasi Pesakit Dalam
- Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi
preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa
**3jam dalam waktu pejabat.
- Farmakokinetik Klinikal (TDM)
- Setiap sampel darah yang diterima, dijalankan ujian dan
interpretasi dibuat pada hari yang sama permohonan diterima
mengikut waktu pejabat. - Setiap keputusan analisa dan saranan yang tepat dimaklumkan
secara lisan (telefon) atau Teleprimary Care (TPC) atau faksimili
kepada pelanggan dalam masa 24 jam. - Setiap sampel darah bagi kes toksik dibuat ujian dan keputusan
diinterpretasi dan dimaklumkan dalam tempoh 2 jam selepas
diterima.
- Farmasi Wad
- Sejarah pengubatan bagi semua pesakit yang masuk ke wad
akan diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas kemasukan. - Setiap pesakit akan diberi ubat-ubatan yang berkualiti dan
berlabel berserta penerangan yang jelas mengenai pengambilan
dan penggunaan ubat- ubatan yang dibekalkan. - Semua pesakit dengan "medication devices"akan diberi
kaunseling di wad. - Semua pesakit discaj akan diberikan ubat dan kaunseling ubatubatan di wad.
- Pusat Maklumat Ubat
- Setiap pertanyaan mengenai ubat-ubatan akan dijawab dengan
kadar segera berdasarkan kepada ’evidence based’. - Laporan-laporan kesan advers yang DITERIMA DENGAN
LENGKAP akan dihantar ke MADRAC dalam tempoh masa 3 hari
bekerja dari tarikh laporan diterima.- Permohonan untuk analisa kimia kandungan ubat / makanan
kesihatan yang LENGKAP akan dihantar ke Jabatan Kimia:
dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima (bagi kes biasa). - dalam tempoh 24 jam dari masa permohonan diterima
(bagi kes keracunan).
- Permohonan untuk analisa kimia kandungan ubat / makanan
- Permohonan untuk ubat bukan standard dan Dossier yang
lengkap sahaja akan diproses untuk pembentangan pada
Mesyuarat Jawatankuasa Terapeutik Ubat-ubatan (JKTU)
mengikut jadual.
- Farmasi Pengeluaran (Steril dan Bukan Steril)
- Setiap pesanan ubat yang diterima MENGIKUT JADUAL
PESANAN yang ditetapkan akan akan dibekalkan pada hari yang
sama dengan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan dan
selamat - Bekalan bagi keperluan kecemasan (melalui buku pesanan)
akan dibekalkan dengan kadar segera atau secepat mungkin.
Setiap pertanyaan mengenai ubat akan dijawab secepat
mungkin secara lisan.