JABATAN PERUBATAN NUKLEAR

Cetak

PENGENALAN

Perubatan Nuklear adalah salah satu bidang perubatan yang menggunakan produk bahan beradioaktif bagi mengesan atau merawat penyakit. Produk bahan beradioaktif untuk kegunaan perubatan boleh wujud dalam bentuk radioisotop sahaja ataupun radioisotop yang digabungkan dengan bahan farmaseutikal. Produk bahan beradioaktif ini dimasukkan ke dalam tubuh pesakit sama ada melalui suntikan, minuman, makanan atau sedutan.

Bagi proses pengesanan penyakit, pesakit  akan diimbas dengan menggunakan alat pengesan sinaran kamera gamma SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography) atau PET (Positron Emission Tomography). Taburan bahan radiofarmaseutikal di dalam badan akan dikesan dan maklumat mengenai fungsi organ tertentu yang disasarkan di dalam badan dapat diperolehi. Maklumat yang diperolehi daripada prosedur ini membantu perancangan rawatan yang seterusnya kepada pesakit.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Sebagai pusat rujukan perkhidmatan Perubatan Nuklear serta pusat latihan dan penyelidikan berdasarkan teknologi terkini di wilayah Selatan Semenanjung Malaysia.

MISI

  • Kami sebagai satu pasukan Perubatan Nuklear yang komited dalam memberikan perkhidmatan dan latihan yang optimum dan berkualiti tinggi dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan sinaran radiasi kepada anggota dan komuniti. 

OBJEKTIF

  • Untuk memberi perkhidmatan diagnosa, rawatan dan pemulihan yang berkualiti dengan cekap dan berkesan kepada pesakit luar dan dalam supaya dapat menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai penyembuhan awal dan maksima

 

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

 

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN GRED NO SAMB
1

DR. LEE YEONG FONG

PAKAR PERUBATAN NUKLEAR UD54

2060

2

WAN NORZAIHASRA BINTI WAN MD ZUHAIDI

JURU X-RAY U32

2060

3

EN MOHD ASMIZI BIN MOHAMED

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32 2060

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • DIAGNOSTIC PROCEDURES

JENIS SIASATAN

SIASATAN

Skeletal System

Bone Scintigraphy  Tc-99m based radionuclide – Whole body +/ - Regional

Bone Scintigraphy  Tc-99m based radionuclide – 3 Phase

Genitourinary system

Dynamic Renal Scintigraphy - Tc-99m DTPA

Dynamic Renal Scintigraphy - Tc-99m DTPA with GFR radiobioassay

Dynamic Renal Scintigraphy - Tc-99m MAG-3

Dynamic Renal Scintigraphy - Tc-99m DMSA

Cardiovascular system

Myocardial perfusion – Stress study using Tc-99m based radionuclide

Myocardial perfusion – Rest study using Tc-99m based radionuclide

Multigated blood pool scintigraphy, Tc-99m based radionuclide

Cardiovascular system : Myocardial perfusion scintigraphy - Stress study using Tc-99m based radionuclide with CFR

Myocardial perfusion scintigraphy - Rest study using Tc-99m based radionuclide with CFR

Pyrophoshate Scintigraphy for cardiac amyloidosis, Tc-99m based radionuclide

Gastrointestinal and hepatobiliary system

Hepatobiliary scintigraphy, Tc-99m based radionuclide

Gastric Emptying scintigraphy (solid-meal) , Tc-99m based radionuclide

Liver/spleen scintigraphy, Tc-99m based radionuclide

Gastrointestinal tract (GIT) bleed scan, Tc-99m based radionuclide - In-vivtro RBC-tagged

Meckel’s diverticulum scintigraphy, Tc-99m based radionuclide

Endocrine System

Thyroid scintigraphy using Tc-99m Pertechnetate

Parathyroid scintigraphy – Subtraction technique using two types of radiotracers

Haematologic and Lymphatic System

Peritoneal Scintigraphy, Tc-99m based radionuclide

Other System / Organ

 

  • THERAPEUTIC PROCEDURES

JENIS RAWATAN

Thyroid Therapy

I-131 treatment for thyrotoxicosis

 

WAKTU OPERASI

Klinik Pakar Perubatan Nuklear (8.00 pagi - 5.00 petang)

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran atau keadaan pesakit.  Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas, orang kurang upaya dan pesara awam.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan. 
  • Masa menunggu untuk berjumpa doktor ialah : 90% pesakit tidak melebihi 90 minit.