JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI

Cetak

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Transfusi yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Perubatan Transfusi merupakan salah satu unit di dalam Jabatan Patologi iaitu di bawah aktiviti 3.21. Namun melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2008, aktiviti 3.29 Transfusi Perubatan telah diasingkan daripada aktiviti 3.21 Patologi. Pemindahan butiran beberapa jawatan telah dilakukan dan juga sebahagian peruntukan kewangan telah mula diberikan secara berasingan.

Jabatan ini merupakan Pusat Saringan Transfusi Mikrobiologi sejak 2003 bagi kutipan darah semua hospital di negeri Johor kecuali Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, dan Hospital Segamat. Ia menjalankan ujian saringan serologi bagi HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis. Bermula tahun 2015, pusat ini juga menghantar sampel penderma darah ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur bagi ujian Nucleic Acid Testing (NAT).

Selain it, jabatan ini  juga berperanan sebagai pusat penyediaan komponen darah bagi kutipan Hospital Kulai, Kota Tiggi, Mersing dan Pontian. Namun perkhidmatan in telah diberhentikan pada tahun 2019 susulan konsolidasi perkhidmatan transfusi Negeri Johor. Terkini jabatan ini membekalkan darah dan komponen darah kepada empat (4) buah hospital daerah tanpa pakar dan hospital-hospital swasta di negeri ini yang mempunyai perjanjian dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

 

VISI dan MISI & OBJEKTIF

VISI & MISI

Sentiasa berusaha dalam memberi perkhidmatan berkualiti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman demi menjamin kesejahteraan penderma darah, pesakit dan juga setiap lapisan masyarakat.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang sukarela dan selamat.
  • Menyediakan darah dan komponen darah yang selamat dan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Pusat Darah Negara dan badan akreditasi yang lain.
  • Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui rawatan transfusi darah dan produk darah yang sesuai dan selamat serta melaksanakan konsep Patient Blood Management (PBM).
  • Meneruskan dan memantapkan lagi hubungan kerjasama dengan hospital-hospital daerah, swasta, negeri dan Pusat Darah Negara.
  • Mengadakan pendidikan yang berterusan melalui latihan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi dalam bidang perubatan terkini.

 

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

NAMA PEGAWAI/ LOKASI

JAWATAN

NO TEL

PUSAT PENDERMAAN DARAH

-

07-220 0169

MAKMAL TABUNG DARAH

-

07-225 7000 samb. 2636

DR MOHAMAD MIZAN BIN GUSARI

KETUA JABATAN

S.D #0751

DR NURAINI BINTI SHAM

PAKAR PERUBATAN TRANSFUSI

S.D #0753

DR. MOHD HILMI BIN SENIN@NORDIN

PAKAR PERUBATAN TRANSFUSI

S.D #0754

DR. FAIZAH BINTI HASSAN

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0755

DR. WAN KHAIRUNNISA BINTI WAN IBRISAM FIKRY

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0758

DR. NUR FAZIRA EKMA BINTI MOHID

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0757

DR. LAILA SHAZWANI BINTI MOHD NOOR

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0760

DR. NOORAINA BINTI ASSAN

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0761

DR. NURUL NADIAH BINTI ABDULLAH SANI

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0762

DR. ABILAHSHINEE A/P VELASAMY

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0765

DR. NUR AISYAH KAMILAH BINTI ZAIRUL HISHAM

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0763

DR. SITI MARIAM BINTI IBRAHIM

PEGAWAI PERUBATAN

S.D  #0764

DR. MURNI FADHLINA BINTI AHMAD

PEGAWAI PERUBATAN

S.D #0766

 

PERKHIDMATAN KAMI

A. Pendermaan darah

  • Pengurusan pendermaan darah secara Whole Blood dan aferesis.
  • Pengurusan penderma darah bermasalah (reaktif, positif DCT, anaemia, polycythaemia).
  • Pengurusan penderma darah jenis ganjil (rare blood group).
  • Pengurusan vaksin Hepatitis B kepada penderma yang layak.

B. Penyediaan komponen darah dan inventori

  • Pengurusan penyediaan komponen darah.
  • Pembekalan darah kepada hospital daerah dan fasiliti kesihatan swasta.

C. Ujian keserasian darah dan Immunohematologi

  • Pengurusan pembekalan darah atau komponen darah bagi kes normal dan kecemasan.
  • Menjalankan ujian rujukan immunohematologi bagi sampel pesakit Negeri Johor.
  • Menjalankan ujian pre-transfusion testing bagi sampel pesakit

D. Ujian saringan penderma

  • Menjalankan ujian saringan transfusi mikrobiologi penderma darah (Hepatitis B, Hepatiti C, HIV dan Siflis) bagi kutipan darah hospital Negeri Johor kecuali Hospital Muar dan Segamat.
  • Pengurusan sampel Nucleic Acid Testing (NAT) dan kaunseling penderma darah.

E. Klinikal Transfusi 

  • Memberi khidmat nasihat judicious use of blood & blood product.
  • Mempromosikan dan melaksanakan konsep Patient Blood Management (PBM).

F. Program kepastian kualiti

  • Prosedur kawalan kualiti darah dan komponen darah serta peralatan

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Membekalkan darah kepada wad dalam masa 30 minit bagi kes kecemasan dan dua (2) jam bagi kes normal bermula daripada sampel diterima.
  2. Tiada transfusion error yang disebabkan oleh kesilapan makmal klinikal transfusi.
  3. Mengeluarkan keputusan ujian saringan transfusi mikrobiologi penderma darah dalam masa 48 jam (Non-Reactive) dan 72 jam (Initial Reactive).

 

WAKTU OPERASI

Bahagian

Lokasi

Waktu operasi

No Tel

Pejabat Am dan Pusat Pendermaan Darah

 

Kuarters Banglo No. JKR 939, Jalan Mahmoodiah, HSAJB

 

Ahad- Rabu: 

8.00 pagi -  4.30 petang

Khamis:  

8.00 pagi -  3.00 petang

07-226 4670

Johor Bahru Blood Donation Suite

TM- 021, 3rd Floor Mezzanine, The Mall Mid Valley Southkey

Sabtu-Khamis

10.00 pagi - 6.30  petang

-

 Makmal:

GXM/IH

Penyediaan   Komponen Darah

Transfusi Mikrobiologi

Inventori dan Kualiti

 

Tingkat Bawah, Bangunan Induk HSAJB

 

24 jam

07-225 7000 Samb 2636

 

BORANG

 Borang Jabatan Transfusi (Luaran)

Borang Jabatan Transfusi (Dalaman)

TATACARA PENGGUNAAN WARD VIEW

Klik untuk Tatacara Penggunaan Ward View 

 

Jabatan ini juga menjalankan kempen derma darah bergerak di sekitar Johor Bahru hampir setiap hari. Orang awam boleh mengetahui jadual dan lokasi kempen derma darah dengan melayari:

FB page: Jadual kempen derma darah Johor Bahru.

Tik tok: @bloodbankhsajb

IG: @bloodbankhsajb