FISIOTERAPI

Cetak

PENGENALAN

Unit Fisioterapi telah diwujudkan pada tahun 1957 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Unit ini telah berpindah ke bangunan Poliklinik sejak 1991. Ia merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang memberi perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, kompiten dan cost-effective kepada pelanggan supaya mencapai pemulihan yang optima di samping memberi perkhidmatan preventif dan promotif kepada masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.  Berlandaskan slogan kami iaitu "Hidup Berkualiti, Matlamat Fisioterapi" telah mendorong kami dalam pemberian perkhidmatan kami sama ada kepada pelanggan dalaman mahupun luaran, sama ada pesakit mahupun komuniti ke tahap yang berdikari.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Unit Fisioterapi komited dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat berteraskan kemajuan ilmu pengetahuan kemahiran dan penggunaan kaedah rawatan berteknologi tinggi yang menepati keperluan pesakit dan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti hayat.

MISI

  • Menyediakan satu sistem perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, penyayang dan profesional serta mudah diperolehi dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.
  • Mengukuhkan amalan ‘Evidence-Based’ serta menerapkan budaya penjagaan diri ke arah mencapai kualiti hayat.
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
  • Mewujudkan golongan profesional Fisioterapi yang lengkap dengan pengetahuan terkini, berkemahiran tinggi dan berpengkhususan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, holistik, cekap serta berkesan mengikut peraturan dan piawaian amalan Fisioterapi.
  • Menyediakan program perawatan Fisioterapi dan rehabilitasi berasas“Evidence Based Practice”.
  • Memberi peluang kepada staf mengikuti pembelajaran berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam perawatan Fisioterapi dan berkaitan dengannya.
  • Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan Ahli Fisioterapi selaras dengan budaya kerja cemerlang.
  • Menyediakan peluang latihan klinikal yang menitikberatkan aspek kemahiran dalam pelbagai bidang perawatan Fisioterapi.

 

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

Ketua Unit

Pn. Nur Hidayah Ong Binti Abdullah

Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Gred U48

Nombor sambungan : 2820

Timbalan Ketua Unit 

En. Hairul Hapizi Bin Samaon

Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi Gred U44

Nombor sambungan : 2209

PERKHIDMATAN / RAWATAN YANG DITAWARKAN

Bil

Perkhidmatan Umum

1

Muskular-skeletal Rehabilitation

2

Cardio-Pulmonary Rehabilitation

3

Neurology Rehabilitation (Adult & Paeds)

4

Ante & Post Natal Care

5

Phototherapy

6

Critical ill Care

7

Geriatric Rehabilitation

8

Paediatric Rehabilitation

9

Palliative Care

 

Bil

Perkhidmatan Pengkhususan

1.       

Cardiac Rehabilitation Program Phase II& III

2.       

Sports Physiotherapy

3.       

Women & Men Health

4.       

Lymphedema Therapy

5.       

Chronic Pain management

6.       

Pendidikan kesihatan – DM, HPT dan Asthma

7.       

Pulmonary Rehabilitation

8.       

Vestibular Rehabilitation

9.       

Dry Needling

10.   

Pulmonary Re-conditioning Therapy (PRT)

 

Bil

Rawatan

Intervensi

1.

Rawatan senaman (physical exercise)

Senaman khusus untuk :

1.      Musculo skeletal

2.      Neuro muscular

3.      Chest

4.      Senaman pernafasan

5.      Pulmonari rehabilitasi

2.       

Rawatan elektroterapi

1.      Penggunaan alat-alat rawatan haba

2.      Short wave diatheramy (SWD)

3.      Microwave therapy (MWD)

4.      Interferential therapy (IT)

5.      Infra red ray (IRR)

6.      Phototherapy Ultra violet therapy (UVL)

7.      Wax bath

8.      Ultra sound therapy (US)

9.      Stimulasi elektrik

10.  Low Frequency

11.  Medium frequency

12.  Low & Medium Frequency

13.  EMG

14.  FES

15.  Traction

16.  Laser

17.  Penggunaan ais

18.  Air batu

19.  Cryotherapy by air

3.       

Rawatan kanak-kanak

1.      Kes pembedahan

2.      Ortopedik

3.      Kes medical

4.      Kes terbakar

5.      Kes Special Care Nursing (SCN)

4.       

Rawatan khas kanak-kanak

 

1.      Kes kecederaan otak

2.      Kes terencat akal

3.      Kes kecacatan kogenital (CTEV, torti collies, Arthrogryphrosis)

5.       

Rawatan rehabilitasi kardiologi

 

1.      Rawatan senaman bagi kes pembedahan kardiotorasik

2.      CRP Phase I, II & III

6.       

Rawatan rehabilitasi vestibular

1.      Kes vertigo/ BPPV

7.       

Rawatan kesihatan wanita

1.      Kes ‘incontinence’ – Female & Male

2.      Kes lymphoedema

3.      Kes prolapsed uterine

8.       

Pulmonay Re-conditioning Therapy (PRT)

1.      Perawatan Long Covid kes

 

Bil

Perkhidmatan Lain

1.       

a.      Perkhidmatan konsultasi dan Program Outreach kepada Klinik Kesihatan mengenai Program Warga Emas, PDK ku Sihat, Program ante post natal, PPD, IFitEr, EnPHC dan KOSPEN

2.       

b.      Perkhidmatan konsultasi untuk ahli fisioterapi Negeri johor tentang Program mengatasi kesakitan, Kesihatan wanità, Program pemulihan jantung, Program pemulihan pulmonary, iFitEr, rehabilitations vestibular dan lain lain Program yang berkaitan dgn perawatan fisioterapi

3.       

c.       Perkhidmatan Interdisciplinary Team Approach bersama pakar perubatan Rehabilitasi (Stroke, SCI, TBI, Amputee dan Cerebral palsy)

4.       

d.      Perkhidmatan konsultasi kepada klinik-klinik kesihatan mengenai Program Warga Emas, Program Ku Sihat, Kanak-kanak Istimewa dan Program Ante Natal, Domisilari (PPD).

5.       

e.      Perkhidmatan konsultasi kepada Ahli Fisioterapi di daerah-daerah Negeri Johor  tentang Cardiac Rehabilitation Program, Chronic pain Management dan Kesihatan Wanita dan kes kompleks.

6.       

f.        Penceramah/Pensyarah Jemputan untuk Pelajar Kejururawatan, dan Pelajar Fisioterapi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

7.       

g.      Sebagai pusat latihan Pelatih Fisioterapi dari Institut Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti / Institut Teknonogi Malaysia (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8.       

h.      Latihan dan pusat data koleksi untuk pelatih Sarjana fisioterapi

WAKTU OPERASI

Nama Klinik

Lokasi

WaktuOperasi

Klinik Fisioterapi Pesakit Luar

 

No. Telefon:

07-225 7000

(Samb: 2209)

Unit Fisioterapi,

Bangunan Poliklinik

Hospital Sultanah Aminah

Ahad – Rabu:

1.00  pagi hingga 1.00 Petang

2.00 petang hingga 5.00 petang

 

Khamis:

8.00 pagi hingga 1.00 petang

2.00 petang – 3.30 petang

 

Tutup:

Jumaat dan Sabtu

Hari kelepasan am

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, hormat dan ikhlas
  2. Segala maklumat pelanggan akan dirahsiakan
  3. Semua pelanggan akan diberikan perkhidmatan fisioterapi berdasarkan pada system temujanji
  4. Setiap pelanggan akan diberi penjelasan dan nasihat mengenai program rawatan yang dirancang untuknya
  5. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan fisioterapi secepat mungkin iaitu
    • Masa menunggu untuk pendaftaran – 15 minit
    • Masa menunggu rawatan fisioterapi – 30 minit