Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan

Cetak

PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Porterage Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) terletak di bawah Unit ini.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

  • Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

MISI   

  • Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) yang kompiten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.
  • Bertekad dan berusaha meningkatkan kemahiran dan profesionalisme anggota
  • Memastikan komitmen menyeluruh anggota dan memaksimakan produktiviti yang  berkualiti.
  • Mengekalkan aspek kemanusiaan dan sentiasa jujur, amanah, telus serta  responsif terhadap keperluan semasa.

OBJEKTIF

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai  Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa. 
  • Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
  • Memberi perhidmatan sokongan yang  efisien serta menguruskan tugas-tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan profesional agar semua urusan dapat diselesaikan dengan berkualiti, cepat dan tepat.

CARTA ORGANISASI

DIREKTORI

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital, 

Bangunan Akasia (Bersebelahan CRC)  

Nombor sambungan : 2812

PERKHIDMATAN

  • Pengurusan Sumber Manusia 
  • Pengurusan pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan 
  • Penyeliaan Klinikal Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pematuhan dan akta peraturan 
  • Pengurusan Latihan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Menyediakan Khidmat dan Kerjasama dengan lain-lain unit 

WAKTU OPERASI

Waktu Pejabat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang 

Tutup : Jumaat dan Sabtu

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap anggota di bawah jagaan yang melaporkan diri akan diberikan orientasi dan bimbingan yang secukupnya agar mereka dapat menyesuaikan diri dalam memberikan perkhidmatan ke arah mencapai misi dan visi hospital.
  • Setiap anggota di bawah jagaan akan diberi latihan dalam bidang masing-masing.
  • Setiap permintaan pelanggan dalaman dan luaran akan disempurnakan dalam masa yang dipersetujui bersama.
  • Penyampaian maklumat kepada anggota di bawah jagaan akan disampaikan oleh pihak penyeliaan melalui ketua unit.