PENGENALAN
Unit Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre, CRC) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai salah satu daripada 37 unit CRC yang berada di dalam rangkaian unit-unit CRC Kementerian Kesihatan Malaysia. CRC HSAJB menyokong dan membangunkan kapasiti penyelidikan di dalam hospital dan di seluruh daerah Johor Bahru di bawah arahan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR).
Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan telah beroperasi sejak bulan Ogos tahun 2000. ICR berfungsi sebagai subsidiari penyelidikan klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia dan ianya terletak di kompleks NIH (Institut Kesihatan Kebangsaan) di Setia Alam, Selangor.
ICR adalah salah satu daripada 6 organisasi penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan KKM. Yang lain termasuk Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK).
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Menjadi sebuah institusi penyelidikan klinikal terkemuka di Asia.
MISI
- Memajukan bidang perubatan melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
OBJEKTIF
- Menjadi pusat penyelidikan klinikal yang memberi sokongan untuk pelbagai aktiviti penyelidikan, menyediakan sesi perundingan mengenai metodologi penyelidikan, reka bentuk kajian, pembangunan protokol, dan analisis statistik.
DIREKTORI
Blok F, Clinical Research Center (CRC) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)
Nombor sambungan : 2782
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Menyokong dan memudahkan aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:
- Pangkalan data para penyelidik - mengikut bidang kepakaran, rekod prestasi dalam Industry Sponsored Research (ISR), Investigator Initiated Research (IIR) serta penerbitan kajian klinikal.
- Sokongan pentadbiran serta bantuan kepada para penyelidik untuk menjalankan kajian.
2. Memberi nasihat mengenai pendaftaran projek penyelidikan ke laman sesawang NMRR (National Medical Research Register).
3. Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal dan penyelidikan lain yang dimulakan atau diselaraskan oleh ICR.
4. Mempromosi penyelidikan klinikal melalui peningkatan kapasiti dengan:
- Penganjuran kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Introduction to Clinical Research (ICR), dan Protocol Development Series.
- Penganjuran Continuous Professional Development (CPD) dan Continuous Medical Education (CME) atas talian yang berkaitan dengan penyelidikan klinikal.
- Menganjurkan program latihan untuk para klinikal dan kakitangan perubatan lain yang berminat dalam penyelidikan.
5. Memproses permintaan IAHOD dan mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan untuk semua penyelidikan klinikal yang akan dijalankan di HSAJB.
PIAGAM PELANGGAN
CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan :
- Membantu pelanggan dalam penyelidikan klinikal.
- Menerbit dan membentangkan hasil penyelidikan dalam tempoh masa setahun selepas tamat penyelidikan.
- Menyelaraskan Industry Sponsored Research (ISR) di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Memastikan keperluan tujuh (7) hari latihan untuk semua kakitangan di Pusat Penyelidikan Klinikal dipenuhi setiap tahun.