Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan berhubung bayaran Bantuan Elaun Kasut (BEK) melalui surat rujukan KKM.400-3/1/4 Jld.2(7) bertarikh 7 Ogos 2019. Projek rintis ini adalah dalam tempoh tiga (3) tahun bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2022.
- Pemberian BEK ini adalah bagi menangani isu tuntutan palsu dan pemalsuan resit bagi bayaran pembelian kasut yang berlaku dikalangan anggota KKM di mana kajian keberkesanan mekanisme perlu dilaksanakan bagi menentu sama ada kaedah ini akan diteruskan di masa hadapan tertakluk kepada arahan semasa.
- Bahagian Pengurusan HSAJB telah menetapkan garis panduan BEK yang perlu dipatuhi oleh pegawai penuntut dan makluman Ketua Jabatan, sebagaimana berikut:-
- Kelayakan kasut ialah dua (2) pasang seorang untuk satu tahun kalender dengan kadar maksimum RM 150.00 sepasang. Bagi pegawai penuntut yang baru melapor diri / bersara/ berhenti dan meninggal dunia dalam tempoh tahun 2022, kelayakan adalah pro rata (proportionate);
- Bagi pegawai penuntut yang bertukar masuk pada tahun 2022, surat pengesahan tidak pernah menuntut dari Jabatan terdahulu perlu disertakan;
- Bagi pegawai penuntut yang bertukar keluar pada tahun 2022, sila kemukakan tuntutan di PTJ baharu. Pegawai perlu memohon surat Pengesahan Tidak Membayar Tuntutan Bantuan Elaun Kasut Tahun 2022 daripada Unit Pengurusan Kewangan HSAJB (bagi perjawatan selain daripada Jururawat – Pejabat Penyelia Jururawat HSAJB dan PPP/PPK– Pejabat Penyelia HSAJB)
- Bagi pegawai penuntut yang baru melapor diri pada tahun 2022, salinan penyata/buku akaun bank yang aktif dan terkini yang telah diakui sah hendaklah disertakan;
- SALINAN ASAL Borang Tuntutan BEK bagi pegawai menuntut yang layak menerima BEK pada tahun 2022 (TANPA TANDATANGAN PEGAWAI PENUNTUT) hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Penyelia masing-masing secara berkelompok mengikut JABATAN/UNIT/WAD seperti di Lampiran A dan Lampira Ai dan hendaklah dikemukakan dengan SEGERA ke Unit Kewangan sebelum atau pada 31 Mac 2022 (Khamis);
- Sila gunakan borang tuntutan yang berasingan bagi anggota yang berjawatan TETAP (Lampiran A) dan KONTRAK (Lampiran Ai).
- Format Borang Tuntutan BEK dalam bentuk salinan lembut (softcopy) boleh dimuat turun dari portal rasmi HSAJB (rujuk Borang Kewangan);
- Senarai Pegawai Yang MENGESAHKAN Borang Tuntutan BEK mengikut skim jawatan adalah seperti di Lampiran B;
- Sebaik sahaja menerima bayaran BEK, pegawai penuntut hendaklah dengan SEGERA membuat pembelian kasut mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh KKM mengikut skim jawatan, dan warna kasut sebagaimana di Lampiran C, D dan E;
- Kasut yang ditetapkan adalah dari jenis kasut kulit SAHAJA;
- Bagi Pegawai yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kes-kes terpencil bagi memerlukan pengecualian spesifikasi kasut yang telah ditetapkan, permohonan khas perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan melalui Unit Penyeliaan Kejururawatan/ Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan/ mana yang berkaitan ke Bahagian Perkembangan Perubatan untuk pertimbangan dan kelulusan;
- SALINAN PENDUA Borang Tuntutan BEK bagi pegawai menuntut yang layak menerima BEK pada tahun 2022 (BESERTA TANDATANGAN PEGAWAI PENUNTUT) perlu disimpan oleh Ketua Jabatan/ Unit/ Wad/ Penyelia masing-masing bagi TUJUAN AUDIT. Ianya hendaklah ditandatangan sebagai pembuktian dan perakuan BEK telah diterima dan kasut telah dibeli oleh pegawai penuntut;
- Justifikasi hendaklah disertakan sekiranya tandatangan pegawai penuntut tidak dilengkapi sepenuhnya di salinan pendua yang dikemukakan; dan
- KETUA JABATAN/ UNIT/ WAD/ PENYELIA hendaklah memantau dan memastikan semua pegawai penuntut BEK di bawah seliaan masing-masing mematuhi sepenuhnya perkara sebagaimana di atas. Tindakan sewajarnya termasuk TINDAKAN TATATERTIB boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan atau pelanggaran dalam mana-mana syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Tindakan ini juga termasuk kepada pegawai penuntut yang tidak memakai kasut yang telah diperuntukan kepadanya BEK.
- Kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan semua maklumat dan arahan di atas dipanjangkan kepada semua kakitangan di bawah seliaan masing-masing. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai di Unit Pengurusan Kewangan seperti berikut :-
Puan Subathira A/P Jayaramachandram
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
sambungan: 2907
Puan Masdita binti Md. Dan
emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
sambungan : 2797
Puan Hamidah binti Mohamed
emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
sambungan : 2921
Puan Nurul Hidayah binti Abu Bakar
emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
sambungan : 2061
Klik BEK untuk borang