JABATAN PERUBATAN AM

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Am memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang berumur 12 tahun ke atas. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan dan perawatan pesakit dalaman dan rawatan ulangan di Klinik Pakar. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :

 

Rawatan Pesakit Dalam

  • Jabatan Perubatan Am di Hospital Segamat mempunyai 2 wad perubatan. Wad-wad perubatan ini terletak di aras 1 bangunan Hospital Segamat yang terdiri daripada Wad 3 yang menepatkan pesakit lelaki dan Wad 4 yang menempatkan pesakit perempuan. Wad-wad ini menerim amasuk kes-kes perubatan seperti Hypertension, Diabetic Mellitus, Renal, Jantung dan jugak penyakit-penyakit berjangkit seperti Leptospirosis, Denggi, Tibi dan lain-lain. Berbagai-bagai prosedur jugak telah dilakukan di wad-wad seperti chest tube, peretonial dialysis, bone marrow dan sebagainya.

 

Klinik Pakar 3

  • Klinik Pakar 3 adalah salah satu unit yang memberi perkhidmatan sokongan di Hospital Segamat. Ia terletak berhadapan tempat letak kereta awam, bersebelahan dengan Klinik Pakar Pembedahan (SOPD). Klinik Pakar 3 diketuai oleh Pakar Perubatan dibantu oleh beberpa Pegawai Perubatan dan anggota sokongan lain.

 

Klinik Diabetis

  • ​​​​​Pusat Sumber Diabetes (PSD) telah bermula operasi pada April 2006. Pengendalian dilakukan oleh Diabetic Educator yang terdiri daripada 2 orang Jururawat Terlatih U29 yang mempunyai Pos Basik Pengurusan Diabetes. Walau bagaimanapun PSD tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekurangan kakitangan di mana kakitangan tersebut adalah gunasama dengan Klinik Pakar 3. PSD bertanggungjawab dengan pesakit yang menghadapi DIabetes dan pada mereka yang berisiko. Tugas-tugas yang dilakukan adalah seperti :
    • Pendaftaran Pesakit Diabetes
    • Kaunseling
    • Pendidikan Kesihatan
    • Screening
    • Pemeriksaan Glukometer
    • Pameran
    • Kem Perubatan
    • Program Kesihatan
    • Berhubung rapat dengan Persatuan Diabetes Kebangsaan

 

Unit Neurofisiologi

  • Unit Neurofisiologi ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang mempunyai Pos Basik Nueurofisiologi. Unit ini terletak di dalam Klinik Pakar 3.

 

Unit ECHO

  • Unit ECHO/Stress Test ini terletak di dalam Klinik Pakar 3 bersebelahan dengan Unit Neurofisiologi. Unit ini dikendalikan oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang telah dihantar latihan sangkut di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi, cekap sertamemberi keselesaan pada pesakit yang memerlukan rawatan pesakit-pesakit luar dan kes-kes ulangan.